Rabu, 1 Februari 2017

BELETIAQ # 3

Minggu lepas, sebelum khatib naik ke ruang mimbar berlangsungnya tazkirah ringkas.
Ustaz yang beri tazkirah tu baru balik dari umrah. Jadi banyaklah cerita yang dia sampaikan.
Mulanya aku rasa macam dah nak diangkat keatas kepulan-kepulan awan, tapi bila dia sebut pasal Amerika, aku kuatkan iman nak dengar lebih lanjut.
Mengikut cerita ustaz tadi, dia agak merasa hairan dengan keadaan mekah sekarang kerana proses pembangunan, projek-projek sekitar nampaknya tak serancak seperti selalu.
Kemudian dia mendengar "khabar-khabar angin" mengapa Arab Saudi semakin perlahan menguruskan projek di mekah melalui kawan-kawannya. Disebabkan ustaz ini orang yang soleh, dari mendengar khabar angin yang belum tentu benar, dia mula selidik lebih teliti.
Sekian menyelidik, dia rasa macam khabar angin yang dia dengar awal-awal tu nampaknya macam betul. Ustaz tu kata dia terus berdoa mengharapkan benda tu tak terjadi. Takut benar kalaulah benar benda ni berlaku.
"Benda" / "khabar angin" yang ustaz dok sebut tu sebenarnya merujuk kepada aktiviti membeli senjata Arab Saudi kepada Amerika. Dan segala senjata yang dibeli mereka digunakan untuk perang ke atas Yemen. Disebabkan banyak menggunakan modal membeli senjata, ustaz tu merasa Arab Saudi sudah kekeringan dana menyebabkan kegiatan pembangunan di kawasan Mekah tertunda.
Di satu sisi, aku merasa bangga sekurang kurangnya ustaz tu dah tau perangai Arab Saudi. Baguslah dia cerita kat jemaah masjid. Kalau tidak masing-masing nak jadi macam pak arab. Sikit-sikit nak bahasakan diri "ana", sikit-sikit nak makan nasi arab lauk kambing.
Tapi di satu sisi lain, aku tak paham macam mana ustaz tu masih mengharap perang Arab Saudi ke atas Yemen belum terjadi? Dan mengapa seolah yang bersalah ini Amerika sahaja? Laporan Arab Saudi guna kos 115million beli senjata brutal ni macam mana pula? Dari mana duit beli senjata Arab Saudi dapat? Dari urusan manusia datang haji-umrah kah? Atau hasil dari cukai ke atas penduduk arab? Atau duit poket hasil menabung Raja Saud sendiri?
Semua orang mungkin cakap perang ke atas Yemen sebabkan sentimen menentang Syiah. Habis tu bolehkah kita kira berapa ramai penganut Syiah dah mati? Ataupun yang mati sama banyak tu penganut Sunnah? Kalaupun yang Syiah itu mati; semuanya tu jahat ke? Yang sunnah pula macam mana pula? Terselamat?
Aku rasa ustaz tu patut tahu dah dua tahun perang ni terjadi. Selama dua tahun, jutaan rakyat Yemen sengsara, kematian berlaku setiap hari. Purata setiap sepuluh minit kanak kanak Yemen mati kerana kebuluran. Makanan bersih sangat kurang, menyebabkan kanak-kanak tidak mendapat nutrisi yang sepatutnya kemudian mati.
Nah, bolehkan kita bertoleransi jika yang mati kerana kurang nutrisi itu adalah seorang anak-anak Syiah? Mangsa kepada perang yang tidak adil?
Orang Islam mesti bersatu dan jangan tunduk kepada Amerika. Buat keberapa juta kali aku dengar dan kali ni dari mulut ustaz tu pula.
Ayat ni semacam dah tak berguna lagi. Dalam kes Yemen, yang bersekutu dengan Amerika ialah Arab Saudi, tempat kamu datang untuk membersihkan hati-jiwa dan mengharapakan Tuhan mengampunkan dosa-dosa kamu. Tetapi mengapa Muslim sendiri tidak melawan Arab Saudi? Mengapa Muslim boleh berebut-berebut mencium Hajarul Aswad sehinggakan ada beberapa kes kurang menyenangkan berlaku tetapi tidak mampu berebut rebut meranapkan kebrutalan Raja Saud,pemerintah Arab Saudi?
Kerana apabila berkaitan kuasa dan modal, manusia di ceruk mana sekalipun berkiblatkan akidah yang sama.
Aku bukan terkilan Ustaz tu tak perasan yang perang bukan saja berlaku di Rohingya dan Syria. Aku harap dia lebihkan bahan bacaannya bukan sekadar menghadkan kepada kitab-kitab tertentu.
Oh, nanti mesti kalian tanya aku, kenapa nak tulis pasal ustaz kat sini? Kenapa tak PM dia terus, atau kenapa tak jumpa dia lepas solat jumaat minggu lepas? Nak tunjuk pandai?
Jangan salah anggap.
Aku tak menulis untuk ustaz tu. Jauh sekali nak menulis buat tatapan seluruh kaum agamawan.
Aku tulis untuk kamu yang bakal tinggalkan komen-komen syurga neraka di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak