Siti, perempuan muda yang bekerjaya tetap, tinggal di Wangsa Maju. Muda, belum berkahwin tetapi sangat bahagia. Semuanya kerana ungu (iya, ungu, warna yang melengkapi setiap sudut hidup Siti).
Perkenalan Siti dan Ungu bermula ketika Siti di tingkatan 3. masih di ingatan bagaimana Ungu berjaya menarik perhatian Siti dan perlahan-lahan menelusup ke dalam hati remajanya.
seperti semut lemas di kelopak air,begitulah jiwa Siti bergelodak dilanda ombak ungu.
Jika remaja di zaman Siti mabuk kepayang dengan dunia nota cinta, Siti pulak terhoyong-hayang mengUngukan seluruh blok bangunan sekolahnya.
Sehingga kini, Siti merentasi usia bersama Ungu. Ungu membuatkan Siti dewasa dengan keyakinan. Mereka beramain-main dengan dunia dan setiap renungan dengan jiwa yang fanatk, Siti pasti merubah persekitarannya.
Siti dan Ungu bersama 24/7, yo. Pakaian hariannya termasuk baju kerja pasti dibaluti Ungu. Gossip pejabat mengatakan Siti tak haigenik (persoalan mereka yang bisibody,kenapa baju yang sama dipakai setiap hari ?).
Mengejar minit2 dunia dan berkopulasi membuatkan setiap hembusan Siti akan menukarkan warna bus metro (dinaiki Siti untuk ke pejabat), 1 blok apartment siti (meski Siti hanya membeli 1 unit saja di blok itu), dan rambut afro Pak Mansor pun dah bertukar warna ke ungu (Pak Mansor pasrah).
itulah, berkawan sangat dengan Ungu, dah tak peduli perasaan orang sekeliling, rungut Makcik Seri, imigran Indon yang dah menetap di sini sejak tahun 80 an.
Siti tak amik pusing kata orang. biasalah, orang Melayu-penyibuk kain pelikat orang.
Tapi kali ni, siti dan Ungu berkonspirasi untuk menukar langit malam ke warna ungu. mesti cantik, cahaya kuning bulan yang melarut dalam langit malam yang ungu.
Siti senyum, menunggu malam yang sesuai.
..............ini tak boleh jadi, berani betul si Siti ni menukar warna langit semalam. Panas, panas hati, panas sungguh malam semalam. mana pergi langit gelap? mana pergi angin bayu malam? yang ada semalam, suasana yang awkward dan cuaca yang weird. ini semua kerja Siti.
Semua penduduk Malaysia marah. mereka mahu campur tangan Menteri. lalu beribu-ribu sepanduk berdemonstrasi menentang Siti di setiap pelusuk daerah.
perkara ini wajib di bawa ke parlimen. pembentangan berhari-hari, kata sepakat dah dikeluarkan. semestinya keputusan ini melegakan hati rakyat.
Siti dan Ungu dibuang negara. dengar khabar di Papua New Guinea, memancing ikan di pulau yang airnya ungu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak