Sabtu, 31 Oktober 2009

lompat katak

.............................tak la malam sangat pun.
jarum pendek menunjuk tajam ke nombor 3, jarum panjang panjang menunjuk tepat ke nombor 12.
faizul tersenyum pendek, menarik selimut memeluk tubuh. selesa dia berbaring di atas tilam empuk hujung tahun lepas dibelinya.
sesekali faizul bergerak ke kiri ke kanan mencari posisi untuk lena. nyaman udara membuatkan faizul memeluk erat bantal dan dia mencari cari saat-saat untuk terapung dalam ruang mimpi.
sebelum terlelap, jam loceng sempat bertanya faizul pukul berapa nak bangun tidur?
faizul kata pukul 6pagi
tapi;
bukan 6pagi esok
6pagi 1 disember nanti.
jam loceng mengerut dahi kehairanan. hai faizul, hari ni baru 2hb febuari. kenapa lama sangat nak bangun? disember tu..
faizul memaling mukanya ke jam loceng dan berkata;
gerak je la..sempat lagi nak sambung lompat katak pada bulan disember ni. jangan risau, sempat punya sambil dia mengakhiri katanya dengan satu ucapan selamat malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak