Ahad, 22 November 2009

jantung hati

kecewa.hampa.duka.pahit.
dulu, carlos sering berbicara puitis dan kata-katanya itu manik-manik kecil yang melayang layang dan melekap di sini.
manik-manik itu bergemelapan indah bila di tiup bayu.
dan aku tahu keindahan itulah yang meyakinkan aku bahawa akulah jantung hati carlos.
tapi,
23 januari lepas, manik-manik itu gugur. jalan yang aku lalui bersimpang siur. carlos diam. sepi dan mukanya terpendam kebencian.
aku sudah mula merasa sakit. dinding aku keras. pintu dan tingkapku terkunci rapat. keadaan gelap. dan seringkali kepul-kepul asap memanjat dan menghiasi subuh, siang, petang dan malamku.
kadang-kadang carlos membebel. bebelannya panjang dan tiada noktah.
carlos murung dan hanya bersahabatkan puntung. perlahan-lahan dia berjalan keluar dari pintu rumah. dan dia..dia mengharapkan aku faham.
ya, memang aku faham dan pahit untuk aku fahamkan.
yang aku..bukan lagi jantung hati carlos.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak