Selasa, 26 Jun 2012

teknik manual untuk ke masa depan dengan harapan untuk melupakan masalah bersama en. daud

semua orang ada cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah. dan berapa sangatkah manusia yang mampu menyelesaikan masalah-masalah dengan tenang?
mari saya perkenalkan, ini en.daud. en.daud mungkin dapat menjadi contoh kepada mereka di luar sana yang mahu menyelesaikan masalah. manusia-manusia ini kebiasaannya dapat menyelesaikan masalah hanya pada satu malam, tapi bila fajar menyingsing keesokan hari, mereka terpaksa bertemu semula dengan masalah-masalah semalam.
apa yang en daud lakukan sangat mudah. dia tidak mencari jalan penyelesaian. tetapi mencari jalan untuk terus melupakan masalah buat selama-lamanya. dia akan melupakan semua masalah yang kusut hanya dengan duduk di bawah putaran kipas siling. en daud hanya perlukan kerusi yang diletakkan di bawah kipas siling dan dia perlu memetik suis kipas semaksima boleh sebelum duduk di kerusi tersebut.
selepas semuanya sudah sedia, en daud akan duduk di atas kerusi. matanya dipejam rapat, kepalanya akan mendongak ke kipas siling. rasionalnya di sini ialah, bila mata ditutup dan kepala mendongak ke siling, putaran maksima kipas akan membawa kau terus ke masa depan yang indah tanpa sempadan.
betul, kau boleh menganggap teknik ini sebagai panduan manual untuk ke masa depan dengan mudah tanpa perlu mencari kotak masa depan digital yang tersangatlah sukar untuk dijumpai di tesco.
tetapi, AWAS. en daud sudah beratus kali cuba untuk ke masa depannya dengan menggunakan cara ini. namun keputusannya gagal. ia adalah kerana, setiapkali matanya dipejam dan kepala mendongak ke siling, kepala en daud mudah merasa pening. dan setiap kali berasa pening, en daud akan terus tertidur di kerusinya.

satu nasihat di sini, perlahankan sikit pusingan kipas angin. biar lambat asal sampai ke masa depan yang diimpikan. selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak