dayang sedang bersenandung sayu di atas ampaian. terbuai-buai dihempas bayu dan matanya berkelip-kelip mengeluarkan air yang enggan membasahi pipi.
dayang bertekad mahu berubah tahun ini. tidak ada lagi senandung sayu dan tidak akan lagi dia berkulit kelabu. dayang bertekad untuk kelihatan cantik dan akan mencuba diri dalam rancangan realiti teevee. itu tekad dayang!
malam ini, manuusia sekeliling mesti sibuk untuk menghiburkan diri di dataran merdeka. dayang pula akan bersembunyi bersiram suci di sungai kelang. khabarnya air sungai kelang boleh menyuci nista dan hina yang terpalit pada tubuh seseorang.
servis lrt pula akan dipanjangkan sehingga 2 pagi, senanglah dayang untuk bergerak ke sana.
dayang berhenti di stesen masjid jamek, dan sedang mereka-mereka itu leka, dia terus melangkah ke sungai kelang dengan emosi yang terus-terusan terganggu.
dayang tanpa lengah berendam di dalam sungai kelang, airnya yang muram disiram ke seluruh tubuh dayang sambil besiul-siul dengan harapan tenanglah pemikiran.
sedang asyik dayang bersiram, dia didatangi oleh seseorang yang datang menghampirinya dan menyapa dari belakang. seseorang itu kini betul-betul berdiri di belakang dayang dan dia menyuruh dayang supaya bertenang dan jangan menoleh ke arahnya. dayang yang mulanya tersentak dengan sapaan seseorang itu mula bertanya, siapakah saudara ini dan apakah hajat datang ke mari?
seseorang itu memulakan bicaranya;
dayang aku seorang yang yang sering memerhatikanmu. dan aku tahu yang engkau mahu berubah. tetapi perubahan itu banyak caranya. dan apa yang engkau lakukan ini dayang bukanlah caranya. bukan ini caranya menyiram tubuhmu dengan air kelam ini. sesungguhnya, bukan ini caranya menghilangkan daki kehinaan yang terpalit di tubuhmu sekian lama.
aku datang dayang sesungguhnya untuk memberikan ini, sabun palmolive untukmu. semoga ianya dapat menyahkan kotoran-kotoran di badanmu. gosoklah dayang, gosok sampai puteh kulit itu.
sebaik saja dayang berpaling untuk mengambil sabun palmolive, suara itu hilang sayup-sayup. hanya tinggal sebuku sabun palmolive. masih elok dalam bungkusan.
dayang berdiri kaku dalam sungai kelang sambil mengenggam sabun palmolive.dia bersenandung sayu lagi. sesekali bayangnya bersinar di panah sinaran rembulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak