Sabtu, 13 Mac 2010

Borhan dan impian umpama daun daun hijau yang berterbangan

ada seekor keldai,namanya borhan. borhan dah jelak hidup suam suam kuku makan rumput. dia dah fedap dengan ungkapan seperti bodoh macam keldai takpun lembab macam keldai. ungkapan ungkapan itu membuatkan borhan hilang maruah...sebagai seekor keldai.
jadi,
esok pagi, borhan mahu pergi memohon kerja sebagai eksekutif di mana mana kompeni di KLCC. borhan harap dia akan mendapat kerja dan dia akan menjadi inspirasi dan aspirasi bagi anak anak keldai muda yang lain.
impian bagi borhan umpama daun daun hijau yang berterbangan menjengah di ruang angkasa.

awal pagi itu, borhan sudah bangun awal untuk bersiap siap. dengan kemeja jalur-jalur ungu Nobleman, tali leher bercorak tomato - borhan nampak segak, siluetnya seperti kuda perang Tom Cruise dalam filem The Last Samurai.
tiket tren dah dibeli. dalam tren, manusia manusia sekeliling semuanya tak berkedip memandang borhan, suatu pandangan abstrak di waktu pagi.
Keldai+berkemeja+bertali leher corak tomato=OMG,apa hal ni??

borhan tak terkesan pun dengan pandangan tajam mereka mereka tu, malah dia dapat merasakan suatu hari nanti maereka mereka ini pasti berbangga akan dirinya.ye la tu borhan...
30 minit kemudian,
borhan dah tiba di KLCC. dia akan mencuba nasib di tingkat 33, 43, dan 53. kata pak guard yang bertugas, tinggkat tingkat itu ada kompeni yang menawarkan jawatan kosong sebagai eksekutif.
tanpa berlengah, baorhan menuju ke tingkat 33. wah sopistikatednya dekorasi opis ni. borhan dengan motivasi yang ekselen terus bertanya pasa resepsinis A.
cik saya datang untuk temuduga jawatan eksekutif.
resepsinis A memandangnya atas bawah, atas bawah. dia kata;
awak salah tempat ni.lalu dihalaunya borhan keluar dari opis,
walau sedikit hampa, borhan masih mengharap dan level optimisnya masih di tahap baik. dia memujuk hatinya dengan menganggap situasi tadi hanyalah temporari kerana di tingkat 43 masih punya peluang.
tingakat 43;
apa yang pasti dekorasi pejabat di sini leih moden, sesuai dengan citarasa borhan yang stylish. malang sekali buat borhan belum sempat membuka buah bicara-resepsinis B mengilai ngilai melihatkan borhan. ngilaiannya seperti puntianak yang menonton komedi pi mai pi mai tang tu.
sambil mengilai dia menyuruh borhan pergi pergi-talde jawatan kosong kat sini dek oiii...
demmit
apa nasib di tingkat 53?
lelah sudah, namun harapnya tingkat 53 menjadi ruang yang memeluknya erat erat dan mengangkatnya terus ke langit untuk menjadi satu lagi kerdipan sinar bintang yang baru.
tetapi;
entah apa anginnya hari ni, resepsinis C dengan kasarnya bertanya borhan apa yang dia mahu?
dengan sopa borhan menerangkan hasrat di hati
encik, sini takde jawatan kosong untuk seekor keldai macam encik, BODOH! pergi berambus!!
ewah ewah . ini sudah lebih.
seminit kemudian , tubuh kerdil resepsinis C terbaring atas lantai. anak matanya hilang bersembunyi. kesan lebam tercetak jelas di perut resepsinis C.
nasib borhan memang tak baik.
sepasukan sekuriti bergegas ke tempat kejadian dan mereka terus menerkam borhan, dia diperlakukan keras . keempat empat kakinya diikat dengan tali lehernya ( bercorak tomato) sendiri.
beberapa minit kemudian lori jabatan haiwan liar tiba. borhan diusung keluar dari KLCC. manusia manusia di situ yang marah tanpa segan silu membaling hina hinaan dan keji kejian tepat ke arah borhan.
lori jabatan haiwan liar terus memacu laju membawa nasib borhan entah ke utara entah ke selatan. manusia manusia di KLCC bersorak ria, lepas ni tiada lagi gangguan keldai berkemeja gila nak cari kerja kat sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak