Sabtu, 10 April 2010

gelak jantan

geng geng gagak hitam bertempiaran , beresepah sepah berterbanngan membuatkan langit biru bertompok tompok hitam.
saiful, maniam, monika, edwin dan entah siapa siapa lagi yang tengah makan sambil chit chat di restoren makanan segera terdiam - memandang sesama sendiri.
emak di dapur berhenti celoteh, hanya kedengaran minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan kembung melentik-melentik.
Badar, seorang peguam, kasual dia hari ni, terhenti tapak kakinya sedang melangkah melintas jalan di bukit bintang.
Ah, nasib baik Badar - kereta kereta di jalan tu berhenti entah kenapa walaupun hijau berderangnya lampu trafik.
oh patutlah! yang bertempiaran, yang terhenti , yang ternganga semuanya kerana gelak Jantan.
celaka betul. Jantan kalau dah gelak,
inilah akibatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak