Khamis, 23 Disember 2010

budin dan botol dari entah dari mana entah

broga hill nampak muram bila budin berbaring di atasnya. sambil mengkacipkan lalang di celah giginya, budin sebenarnya sedang menghafal bentuk bentuk buruj yang dipelajarinya sewaktu di tahun 6 dulu.
kebiasaannya,malam di broga hill tenang sementara menunggu si cahaya jingga tiba.
tetapi tidak pada malam ini.
sedang budin khayal dengan buruj skorpio,
zupppp..........
ADOIII!!
bergemalah langit broga dengan jeritan adoi budin. budin tercari cari benda apakah yang singgah di kepalanya tadi?
cilaka.
siapa mausia perut hijau yang gamak membaling botol ni?bentak hati budin.
nasib baik tidak hilang ingatan aku tadi. kalau tidak mau payah untuk aku cari jalan pulang ke rumah nanti. berleter seorang tak membuat budin nampak janggal.
budin membelek botol tadi tu.
ahh,
ada nota di dalamnya.
budin segera mengeluarkan nota itu dari botol.
tersentaknya budin bila dia melihat tulisan berfontkan Calibri bersaiz 48 tertulis di nota kecil itu.
GET A LIFE.
merasakan dirinya diperli, budin segera turun dari broga terus menuju ke rumah untuk mengambil sebatang pen dan sehelai kertas.
tak sempat emaknya bertanya dah makan ke belum, budin berlari pula naik ke broga.
kepalanya menghadap ke langit mencari idea, apa la mahu dibals dengan hinaan di nota tadi.
dasar penyibuk,budin segera menulis besar besar walaupun tulisannya berfont doktor(tulisan yang dipakai doktor2 di malaysia ni)
SUKA HATI AKU LA.
di gulung kertas2 tadi dan masukkan ke dalam botol semula.
tarik nafas dalam2, budin dengan tenaga jantan baling jauh jauh menuju ke langit.
puas hati.mengantuk pula.masa untuk pulang ke rumah.
budin turun dari broga dengan persaaan lega.

esoknya lepas budin bangun dari tidur, dia lihat emaknya berbalut di kepala.
apa dah jadi mak?
entah.entah siapa baling botol semalam jatuh kat atas kepala emak.
kurang ajar betul.
budin buat buat simpati dengan mengajak emaknya ke klinik berhampiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak