Ahad, 20 Februari 2011

petang pak teh bersama zariff

petang yang hebat itu memberi isyarat kepada aku untuk rilek di atas sofa abah bersama zariff anak buahku. pakej petang itu cukup lengkap; angip bertiup syahdu, teh o suam dan tepat jam 6, heroku akan mula beraksi. membanteras jenayah raksasa ngeri yang hodoh.apa lagi masalah yang akan di hadapi oleh heroku petang ini ya?harapnya dia tenang tenang menghadapainya.meskipun aku rasa aku sudah tahu kesudahannya, ah peduli apa. heroku ini akan sentiasa melegakan aku dan peminat peminatnya yang lain. itu SUDAH PASTI!

itu dia, sudah jam 6. oppss.tak sempat lagu montaj heroku berdondang, zariff sudah tukar rancangan daa..jangan tanya kenapa, aku memang merasa marah dengan tindakan zariff yang slumber ni.nasib baik hero tak marah , kalau tak mahunya hangit si zarif ni.

sebagai pak teh yang kool, walaupun diselimut api kemarahan, aku pamerkan kesabaran yang noble.usah canggung jika anak buah anda turut melakukan perkara yang sama. sila ambil tips di bawah sebagai panduan.

zariff, kenapa zariff tukar rancangan?tanyaku lembut berbau tegas. apa zariff tak suka sama hero? semua orang suka sama dia kan?

lalu zariff menjawab.

tak suka,tak BEST.

jawapan yang mahu saja aku cetak buku lima di perut budak 9tahun ni.

jawapan yang lebih konkrit aku carikan, lalu soalan ke-dua pun menyusul.

cuba beri pak teh dua sebab kenapa zariff tak suka hero tu?

zariff jawab kali ini dengan matanya fokus tepat ke rancangan astro ceria bwekk ntah pa apa tuh.

1-hero suka membuang masa dan tenaga

( sudah tahu ada power kenapa tak saja fire raksasa awal awal kan senang. tak payah tunggu sampai butang dada berkelip kelip, hahah kelakar la pak teh!)

2-menyusahkan

(terima kenyataannya pak teh, hero menyusahkan penduduk bumi. tiap tipa minggu bertarung di tengah tengah kota, habis semua bangunan rosak / ranap dan runtuh. kesian kat majlis perbandaran. nasib baik tak lawan kat tengah tengah jalan ampang, kalau tak tak merasalah zariff shopping di KLCC).

aku paksa diri senyum kelat. terus aku bangun dari sofa, tinggalkan zariff dan astro ceria bwekk ntah apa apa tuh dan minum teh o suam sampai habis.

PADAN MUKA zariff!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak