Yogi B ni sebenarnya nama rapper yang sangatlah diminati John Bennet. Tapi tajuk di atas ni tak ada kena mengena dengan cerita Yogi B pun. Kami nak cerita pasal John Bennet. Itu saja.
Okie,ceritanya macam ni. 2 bulan lepas, kompeni Boom Boom Pow tempat John Bennet bekerja,menghantar John Bennet untuk menghadiri satu kursus yang berkenaan seni menangani stress di pejabat.
Bagus kan kursus ni, setelah John Bennet mendedikasikan diri bekerja bagai nak rak ,alih alih kompeni hantar pergi kursus menangani stress. Pandai sungguh ambil hati!
Ramai pekerja lain menyertai kursus hari tu. Penceramahnya, En.Amad memang teror nak mampus dalam hal hal berkaitan menangani stress. Kata En.Amad, kalau dia stress, dia cepat cepat take 5 buat yoga. 10minit pun cukuplah. Kemudian, stress akan hilang macam magik. Tak percaya,cubalah kata En.Amad lagi. Pelbagai tips/teknik dikongsi En.Amad,yang paling John Bennet impress ialah kesemuanya (tips/teknik yoga) diajar secara praktikal dan yes,semuanya percuma.Kompeni yang bayar.
Dari cara bernafas bak bidadari ala yoga sampailah cara melipat kaki sambil muka tunduk rapat mencecah lantai,semuanya John Bennet dah buat dalam kursus En.Amad.
Memang Berkesan!
Patutlah En.Amad gerenti, habis saja kursus hari tu, maka terbanglah dah ghaiblah stress peserta peserta hilang dibawa angin Kuala Lumpur. John Bennet merasa sangat lega. Pundaknya yang dulu menggalas kerja kerja Boom Boom Pow yang menyebabkan dirinya stress kini dah hilang. Esok nak pergi kerja mesti hepi. Bye-bye stress. Tengkiu En.Amad!
Tapi, itu cerita 2 bulan lepas. Sejak hari pertama di pejabat selepas kursus yoga En.Amad, John Bennet langsung tak keluar rumah. terperosok dalam gelap di satu sudut di biliknya. Menagis tersedu sedu keseorangan.
Rambut John Bennet kusut masai,misai John Bennet panjang sebelah dan yang paling horrible, John Bennet murung! Emosinya parah, hatinya kering disejuk kipas meja dan dia asyik teraba raba macam mencari sesuatu.
John Bennet stress. Ya,dia stress dengan dirinya yang dah tak stress setelah mempraktikkan ilmu yoga En.Amad.
Kini, John Bennet menunggu kompeninya kalau kalau mereka nak hantar dia menghadiri kursus 'Jom Stress beramai ramai'.Kena bayar sendiri pun John Bennet sanggup!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak