Sabtu, 1 Oktober 2011

Duri Di Dalam Langit Dunia dia,(Malim Kendur)

Dia,(Malim Kendur) membelah langit dunianya untuk membuang duri yang datang entah dari mana,terperosok bernanah di dalam.
Tiada ubat penahan sakit, dia,(Malim Kendur)hanya menggunakan sebilah pisau yang baru diasah,sehelai tuala putih Good Morning ,sebotol minyak gamat dan 1kilo keberanian untuk membedah langit dunianya sendirian.
Darah suam keluar mencurah curah bila kulit langit dunianya ditoreh. Dia,(Malim Kendur) pucat lesi. Terasa bagai nak pitam. Namun dikuatkan semangat untuk mencari dan membuang duri yang mencengkam.
Hampir 8jam, dia,(Malim Kendur)sudah menjumpai duri yang dicari.
Kecilnya! Hampir tak terlihat duri itu.
Tapi, duri kecil inilah yang mencengkam dan membinasakan langit dunia dia,(Malim Kendur).
Lalu setelah dibuang duri itu, dibasuhkan luka bedahannya dengan air sejuk dan disapu minyak gamat sebelum dibalut kemas tuala putih Good Morning.
Berdenyut denyut sakitnya,
Dia,(Malim Kendur) keletihan, tidur dan bermimpi untuk menarik keluar segala punca kesakitan ini.

Selepas 2 hari,
Rasa kebas
Selepas 5 hari,
Kebas lagi. Kali ini bila dipegang, permukaan kulit kesan bedahan terasa keras.
Selepas 10 hari,
Kesan kulit yang dibedah mula bercantum tapi masih kebas.
Cukup 2 minggu,
Luka Dia,(Malim Kendur) sudah baik. cuma rasa kebas ini tak hilang-hilang.

Jadi,
dia,(Malim Kendur) keluar berjumpa Sharifah di food court tingkat 5.
Kata dia,(Malim Kendur),
"Aku tahu engkau yang campakkan duri itu ke dalam langit duniaku. bengkak dan terasa sangat ngilu. Tapi, tak cukupk lagi kah? Kenapa engkau wujudkan rasa kebas ini lagi selepas aku keluarkan duri jahanam engkau tu?"

Sharifah teguk teh tarik sekali nafas sambil merenung tajam dia,(Malim Kendur).Dengan buih teh tarik yang terbentuk di atas bibir, kemudian Sharifah membalas,
"Aku memang sengaja lakukan semua itu. Aku takkan biarkan engkau lupa akan aku. Meski aku takkan dimiliki engkau, apa salahnya jika perasaan sakit kebas itu aku tinggalkan di dalam engkau. Sekurangnya aku tahu,ada sedikit perasaan aku yang terbenam di sana."

Sharifah bangun dan meletak wang kertas RM1 dia atas meja dan berlalu pergi.
Celaka, RM1 saja? Ingatkan nak belanja teh aku sekali, kata dia,(Malim Kendur).

1 ulasan:

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak