Sabtu, 10 Disember 2011

Ini namanya dendam kah? atau tak tersengaja kah?

Satu hari, si burung bertanya Suraya, kenapa lu tak hormatkan binatang ek?
Suraya menjeling ke arah si burung dan dia membalas,'siapa cakap?' dengan nada yang agak keras.
tak ada siapa-siapa pun, saja ja tanya.kata si burung pula.
cuma..terlampau ketara la gua tengok. lu memang tak hormatkan binatang, lagi-lagi spesis gua yakni spesis burung.
'engkau jangan buat cerita ek.karang kalau aku bagi pelempang sedas,sis-sia ja kehidupan kau pada hari yang indah ini'.
Tengok tu, cakap sikit dah panas.Itu baru cakap sikit.oi Suraya, kalau lu tak macam tu, tak payah la terover respon plak, okie.
Dah la. gua nak blah dulu, perut ada rasa sakit plak.Chiow..

Dengan amannya terbanglah si Burung dan tanpa dia tersedar (mungkin tak tertahan), dia terlepas sesuatu yang bernajis lalu jatuh menghempap ke atas tudung ala yuna Suraya.

KURANG AJAR KAU BURUNG!! KALAU KAU DATANG SEKALI LAGI, NAHAS KAU AKU KERJAKAN!! ARGHHH, AKU TAK PUAS HATI!! (sedutan emosi Suraya)

Si burung melambai lambai tangannya dari angkasa.
Sorry beb, gua memang sakit perut sangat. Tak sangka terlepas pulak....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak