Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Suci Allah yang menciptakan langit, bumi dan sekalian makhluk.
Kezaliman akan tumbang dengan kuasa Allah SWT!
Umum mengetahui,manusia di sini dijajah dan dicengkam manusia mutant.
Umum mengetahui,kebrutalan dan kezaliman yang dasyat manusia mutant.
Dan umum mengetahui bila mana si manusia mutant bercakap, ianya hujan fitnah, bila mana si manusia mutant berjanji, ianya adalah palsu dan bila mana manusia mutant bertindak, maka ianya adalah kezaliman yang dasyat!
Semua manusia di sini sudah sedar. Hanya yang tinggal, manusia manusia yang tidak sedar disihir duit sogokan, jalan kampung yang baru di turap ataupun yang manusia yang dibuai dengan kenangan sejarah yang entah betul entah tidak.
Tetapi,
hari ini, manusia yang digelar manusia reformis bangkit berjuang. Mereka yang terawal mencium bau embun pagi. Mereka berdiri di tengah kesyahduan dingin subuh, menggenggam kemas jari jemari, mereka lontarkan di udara dengan laungan yang hebat.
Bergema semangat mereka, setiap satunya naik ke atas dan berlegar-legar dan jatuh menjunam menyucuk kepala manusia-manusia mutant.
Wahai manusia mutant! Mereka, manusia manusia reformis tak pernah takut. tubuh mereka mungkin kecil dibandingkan dengan darjat kamu yang kamu rompak dari khazanah kami, tetapi percayalah kamu semua bakal lenyap dalam kebongkakkan kamu sendiri.
maka hari ni, berteriaklah kamu kerana satu altar yang kamu banggakan telah runtuh. ini hanyalah permulaan. Kamu semua pasti jatuh pecah berderai derai selepas ini!
Ayuh manusia reformis! benteng pertama sudah runtuh, yang masih tinggal sekarang harus hancur lebur!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak