Ada nampak kawan-kawan saya tak cik?Saya dah lama cari, tak jumpak jumpa pun. Puas saya cari di setiap sudut,realiti,alam maya,tak jugak jumpa-jumpa. Lelah dibuatnya.
Bila kali terakhir jumpa? Dah lama tu, saya memang tak ingat bila. Saya cuma perasan depa semua tu hilang perlahan-perlahan. Ada macam satu ruang yang menyedut depa tu satu persatu macam vakum.
Iskh, banyak! mula-mula saya perasan geng-geng papan selaju/basikal BMX, udi,zek,payan,mat razip,aman,si tariq.Ha,lagi sorang si Apek. Depa ni mungkin dibawa deras oleh papan selaju kot. Hilang terus semua! Nabil, dikmon ngan si Azali tu takpayah cerita la. Lagi lama tak nampak!
Lepas tu saya perasan si bobo,mat zaid,aidan,hasan,pali pun lesap. pali mungkin hanyut dilayar perahu pecah ke pulau. itu saya dengar orang cakap la.
Si Nasrun yang bawak saya selalu minum teh tarik setiap 12hb sept dekat uptown pun tak nampak. Si giant remy yang entah apa-apa tu pun gone!
Lepas tu cik,Alice dan Tocha yang selalu naik skuter berdua tu pun ghaib! Jangan tanya saya ke manakah hilangnya Dutt,Fitt,Shamsul Toron,Nuox,Baity,Kak su,Awe semua tu. Saya bukan tak mau jawab, tapi saya memang total takdak klu depa hilang pi mana.
Itu sebab saya tanya cik.Mana la tau kot-kot cik boleh tolong saya cari depa semua tu.
Tapi cik,semalam selepas selesai menjawab satu soalan algebra,(simple math),ada satu perasaan yang saya dapat simpulkan dari kehilangan depa semua ni. Dari formula simple math ni,jawapan yang berkemungkinan besar tepat adalah, depa-depa semua ni dah ditelan satu lohong yang super besar. lohong ni menghisap kawan-kawan saya perlahan-lahan dan terus melesapkan mereka dari penglihatan saya. Bila selesai menghisap, dia (lohong tadi) akan meninggalkan satu gumpalan yang tertulis sebagai memori.
memori ni lah yang saya dok simpan dalam laci kat rumah saya.
Terlupa pulak nak cakap, dari penemuan dari jawapan soalan simple math tadi, lohong ni dah memuntahkan kawan-kawan saya ke satu tempat lain. Dan itu sebab,saya payah dah nak jumpa depa la ni.
Jadi cik, kalau cik ada jumpa depa kat mana-mana, tolong habaq kat saya. Cik boleh PM saya terus nanti, lagi senang.
Terima kasih cik, saya nak pi tidoq dulu.Assalamualaikum!
20hb Feb 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak