Isnin, 26 Ogos 2013

KALIAN BERDUA YANG LAYAK BERBAHAGIA

Hari itu bila kau putuskan untuk berkahwin
duit hantaran, baju kahwin dan  segalanya
kau sudah tetapkan.
satu dunia lihat kau di kotak tee vee
bermesra bersama pasanganmu
bagai di dunia ini
kamu berdua sahaja yang layak berbahagia

Hari itu bila sudah cukup matang buntinganmu
bayi qudus itu kau lahirkan di hospital mewah
kau dan pasanganmu senyum mesra
bergambar di insta,
ribuan pengikutmu menekan button 'cinta'
kau dan pasanganmu berasa indah
memang kalian berdua sahaja yang layak berbahagia

Hari itu bila ada sepasang budak perempuan
bajunya carik , berbau kurang selesa
datang, memohon sekeping not buat berbuka
setelah sekian lama berpuasa
dengan mata mereka yang redup, melacur simpati

kau
dan pasanganmu buat-buat buta
suara kau keras
menghalau mereka,

kerana kau dan pasanganmu bilang
hanya kalian berdua sahaja yang layak berbahagia

John Bennet
27 ogos 2013
331 pagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak