Sabtu, 17 Ogos 2013

PERIGI EMPTI CINTA

Dunia
kini diselimuti kekalutan
langit dipasak tinggi
di bawahnya, manusia saling menggigit
kerana kasih sayang sudah lari
entah di bawa siapa,mungkin si burung pipit

tak perlu pandang jauh kawan
tak perlu berteropong ke rabiatul adawiyah
di sini, cuba kau google suami belasah isteri
dua anak kecil memerhati
mampu kau tonton sampai habis durasi?

aku tanya kau kawan,
kalau dua anak kecil itu terkesan
dengan perilaku manusia yang bergelar ayah itu
adakah kau pasti,
dunia pada 10 sepuluh tahun akan datang
akan menjadi ruang kebahagian buat seluruh umat manusia?

manusia semua ada agama
sedikit cuma yang beragama
sedikit cuma yang sujud pada yang Yang Esa
jadi
sedikit cuma yang masih ada rasa cinta
sesama kita

John Bennet
18 Ogos 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak