Hari ni dah seminggu aku pergi bekerja tanpa merungut,
berleter dan komplen tentang apa-apa pun berkaitan kerja. Dan hasilnya sangat
indah!
Kepala otak aku sudah tak kusut, kesihatan bertambah baik, aliran
darah mengalir cukup lancar, membuatkan aku lebih segar, janggut aku dapat
ditrim dengan kemas dan yang paling penting aku sentiasa tersenyum walaupun report bertimbun timbun. Bagus betul rasa begini!
Tetapi hari ini, CEO aku sudah buat onar. Emel yang dia
hantar untuk semua pekerja memang betul-betul mencabar kesabaran
pekerja-pekerja seperti aku. Aku bajet, CEO mahu mencabar kesabaran aku.
Selepas baca emelnya, aku berdiri di antara dua persimpangan,
sama ada untuk keep calm and continue working atau terus bersumpah seranah,
menyumpah nyumpah cadangan bangang CEO. Aku ambil keputusan untuk rileks seminit dua, ambik
nafas dalam-dalam sebelum buat keputusan.
Setiap suku tahun, CEO atau orang
besar kompeni aku di US sana akan hantar emel untuk memberitahu pekerja tentang prestasi bank. Dan setiap kali itu jugak lah, emelulis dit berbunga bunga mengumumkan keuntungan berbillion yang diperoleh bank.
Sayang seribu kali sayang,
hari ini, CEO cakap buat pertama kalinya bank akan menghantar satu pasukan bola sepak yang lengkap dengan pengurus pasukan, jurulatih dan pegawai mewakili cawangan dari
Malaysia bertarung dengan pasukan dari cawangan cawangan bank yang lain dari Asia Pacific.
Hebat brother, hebat! Sambung baca perenggan seterusnya;
Jadi, CEO aku meneyeru semua kakitangan bank untuk memberi derma untuk menampung perbelanjaan
team bola sepak yang akan di hantar untuk bergasak di Bangkok, Thailand bulan
depan.
Aii, tiap-tiap suku tahun asyik bangga dengan keuntungan
berbillion, nak keluar duit untuk hantar team bola sepak sendiri buat julung
kali pun kena mintak derma? Aku urut dada, istighfar banyak-banyak sebelum aku
lebur rekod tak berleter selama seminggu ni.
Untuk itu, aku tahan diri untuk tidak memaki hamun tapi aku salurkan ketidakpuashatian aku untuk menulis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak