Bekerja memang satu keperluan.
Untuk survival diri dan famili, bekerja itu dianggap penting.
Tak kisahlah kerja apa sekalipun, ianya adalah satu 'pelengkap' untuk individu untuk meneruskan perjalanan hidup.
Rumah, kereta, pakaian, keperluan dapur, keperluan anak-anak semuanya perlukan wang.
Jadi kalau nak memenuhi tuntuntan-tuntutan tadi, esok pagi keluar rumah dan bekerja lah.
Dan bila kerja sudah diangkat martabatnya, ditukar dari keperluan menjadi satu benda yang lebih penting dari segalanya, ia sudah berjaya 'menghambakan' individu.
Kenapa ya?
Sedang kita bekerja, kita sudah tidak ada masa lagi untuk perkembangan kendiri (self development), kita sudah kesuntukan masauntuk diluangkan pada anak isteri, kita sudah lupa pada tanggungjawab sosial kerana terlalu sibuk, malah kita sudah menafikan masa-masa berharga untuk menjadi seorang manusia.
Akuilah kawan, kita tidak lebih dari seorang hamba.
Kerana duit dan asakan dari kos sara hidup, aku, kau dan dia sama sahaja-bekerja dari pagi hingga ke malam, tak ubah seperti hamba.
Ya, hamba yang berkemeja kolar berbelang belang bertali leher.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak