Khamis, 2 Oktober 2014

AKTIVITI KEBIASAAN SEBELUM MASUK 1201 PAGI

Semalam, subsidi petrol sebanyak RM0.20 sudah ditarik balik atas sebab sebab nak membawa rakyat sekalian membantu kerajaan dalam memajukan ekonomi Malaysia ke tahap yang super power.

Macam biasa yang pernah kita alami, sebelum masuk waktu 1201 pagi bersamaan hari khamis, 2 Oktober, ramailah di kalangan kita berlumba-lumba memenuhi stesen-stesen minyak di seluruh negara.

Demi menyelamatkan sekurang-kurangnya RM6-RM8 untuk duit petrol sebelum dinaikkan, mereka berharap, minyak dalam tangki kereta akan tahan sehingga kiamat.

Kita ni sebenarnya kena buli macam tu saja.
Setiap kali minyak naik, kita pun terhegeh hegeh bersusun susun di stesen minyak. Kenaikkan harga minyak ni bukan sekali brader, dah banyak kali, dan kerana banyak kali itu jugaklah kita sanggup diperbudak budakkan.

Mungkin disebabkan akhlak kita sebagai orang malaysia yang terkenal dengan sopan santun,beradab dan lemah lembut walau dilayan kasar oleh pihak tertentu membuatkan kita redha untuk dibuli begini.

Usah pedulikan apa yang kerajaan atau menteri menteri yang bangang beri statement melingkup. Ini sudah jadi rutin bagi kaum kapitalis yang memang kerjanya menjahanamkan poket poket kita.

Beri perhatian pada opposisi yang katanya nak bawa Malaysia ke satu tahap yang lebih baik. Kerajaan kita tidak lemah, mereka jauh  lebih kuat dari opposisi. Apa yang telah berlaku, segala ketirisan dalam pentadbiran, rasuah, salah guna kuasa dan perkara perkara yang membuat kita terbeban adalah disebabkan opposisi yang lembab, perasan bagus dan tak peduli pun tentang apa yang sebenarnya rakyat lalui.

Opposisi di Malaysia sedang kalut berebut kuasa, tiada ideologi, tidak progressif, mesra kapitalis, pro monarki, tidak boleh dikritik dan paling tak boleh blah, mengguna agama dalam menghalalkan tindak tanduk mereka. Lihat saja cara mereka bermuktamar. Lihat pulak cara mereka mengurus negeri masing-masing. Kita lihat isu kos perumahan di Selangor dan Pulau Pinang - tiada beza pun dengan pentadbiran kerajaan yang sedia ada. 

Jadi macam mana nak bawak anak muda ke Putrajaya Dato Seri, Tuan Guru dan Encik Lim Guan Eng yang kononnya mengagumi Umar Abd Aziz?

Aku petik kata kata seorang mamat berumur 17 tahun yang sedang lead protes di Hong Kong. Katanya " If a mass movement turns into worshipping a particular person, that is a great problem".

Kalau tak faham bahasa inggeris, copy ayat ni paste di Google Transalate, dan fahami betul-betul.

Aku tak boleh jelaskan samada ajakan menantu Hadi Awang nak buat demo sambil bawak periuk belanga letak atas bumbung  kereta tu satu perkara yang boleh menggetarkan lutut kerajaan. Siap cakap dengan penuh semangat lagi dalam postingnya di fesbuk, "ayuh, kerajaan BN kena diajar!" 

Letak periuk belanga atas bumbung kereta?
Do you mean letak periuk belanga atas bumbung kereta BMW merah you tu?

Bawak-bawaklah mengucap.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak