Jumaat, 20 November 2015

COKELAT PANAS

Di atas meja ada pasu kecil ikea, habitat untuk pokok kenit yang orang KL gila tanam dalam rumah.
Orang KL suka sangat ikea. Depa suka meatball ikea, suka bekas letak pinggan mangkuk ikea berharga sepuluh ringgit, alas kaki ikea berharga lima ringgit dan paling cikai, depa mesti beli berus tandas ikea yang harganya paling berpatutan - seringgit!

Yang penting, dalam rumah kurang-kurang mesti ada barang cap ikea.

Cuba tengok hari minggu di ikea. Ya tuhan, macam jahanam dia punya sesak. Kena pulak ikea dah bukak satu cawangan di cheras. Saksikanlah betapa terhegehnya orang KL berpusu pusu, terpacak depan pintu depan ikea cheras di hari pertama. "In Ikea we trust" teriak jiwa konsumer mereka.

Aku tak boleh tidur malam ni sebenarnya. Lalu, aku bikin coklat panas. Untuk cairkan riot dalam jiwa tengah malam. Sambil sip sikit sikit coklat panas, Aku belek, selak sehelai demi sehelai zine yang aku baru cetak.

Di luar hujan. Dari petang tadi tak berhenti.

Baguslah. 

Aku suka hujan. Walau mama cakap jangan main dalam hujan nanti demam, hujan sebenarnya telah disalahtafsirkan. Kalau hujan mula turun, mulalah kita mencarut sebab jalan raya akan jem, tak sempat nak tengok wayang lepas kerja, tak boleh main bola, tak boleh sidai kain, tak boleh itu tak boleh ini. 

Kita sebenarnya yang ada masalah. Menyalahkan hujan disebabkan kekusutan jiwa yang dialami.
Cuba kita rileks-oh hujan, chill lah kawan, kita pekena teh panas dulu. Takpun, kita duduk di situ. Bersembang kosong menggila seperti hujan akan berhenti seminggu lagi. 

Kalut nak pi mana?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak