Jumaat, 4 November 2016

BANGSA VIRAL

Pedulikan kesahihan berita kenaikkan harga minyak yang katanya bermula kelmarin.

Tetapi jika ianya benar, siapa sebenarnya dari kalangan kita yang paling merasa kesannya?
Maka, siapa yang benar-benar marah dan percaya perubahan dapat berlaku sekiranya massa diorganisasi sebaik mungkin untuk menyerang apparatus pemerintah yang sesuka hati menambah bebanan? Dan siapa pula yang betul-betul percaya kepada diri sendiri, percaya kepada partisipasi seluruh kelas masyarakat tanpa keterlibatan hieraki kepimpinan dalam merebut kembali segalanya yang dirampas kerajaan?

Kerana dalam budaya bangsa "viral", apabila diberitakan harga barang terutama sekali harga minyak dinaikkan - kita semua lebih rela melayan mesej-mesej panjang berjela di aplikasi Whatsapp, lebih sukakan hiburan berbentuk "troll" ; membuang masa mengedit gambar Najib dan Rosmah yang konon-konon kelakar dan lebih gemar berbalas makian di media sosial, namun di hujungnya, kita semua mengambil sikap yang paling mulia ; redha serta pasrah tanpa berbuat apa-apa aksi.

Bulan lepas, negara Katolik konservatif, Poland bergegar kerana puluhan ribu kelas pekerja, terutama sekali kaum wanita turun berselerak di enam puluh bandar memprotes tindakan kerajaan berhaluan kanan Law and Justice Party (PiS) yang mana disokong pihak gereja mengimplementasi undang-undang mengharamkan pengguguran.

Seperti yang dilaporkan The Guardian ( 3 Oktober 2016), Poland already has some of the most restrictive abortion laws in Europe, with terminations legally permitted only when there is severe foetal abnormality, when there is a grave threat to the health of the mother, or if the pregnancy resulted from rape or incest. But the new law would criminalize all terminations, with women punishable with up to five years in prison. Doctors found to have assisted with a termination would also be liable for prosecution and a prison term.

Lazimnya di negara 'kurang mesra' protes seperti Poland (kerana ada laporan mengatakan sekiranya ada protes, jumlah kedatangan secara purata hanya melibatkan sekitar 200-300 orang), mogok kali ini betul-betul meribut!

Hasilnya, Poland menyaksikan jumlah penglibatan protester yang tinggi dalam sejarah. Paling menggegar, aksi protes membantah undang-undang itu digerakkan pada hari pertama bekerja iaitu hari Isnin!

Sepertimana yang dilaporkan The Guardian, The Washington Post dan lain lain media antarabangsa, puluhan ribu dalam jumlah enam puluh peratus - kebanyakkan dari kaum wanita memboikot untuk tidak menghadirkan diri ke tempat kerja dan kelas universiti, mereka langsung mengambil bahagian dalam acara protes. Ada diantara mereka yang mengambil risiko dibuang kerja setelah majikan tidak membenarkan mereka menyertai protes pada hari kerja, namun tidak diendahkan. Dengan beraninya mereka bilang, majikan tersebut tidak berguna kerana menafikan hak sivil mereka.

“I didn't go to work today," Gabriela, a 41-year-old market researcher from Warsaw told Reuters. They are violating our civic rights, and I wanted to support all the women who may be hurt, who may be denied medical help and forced to have a disabled child. And I am doing it for my daughter.” (The Independent)

Malaysia dan Poland adalah dua negara yang sangat berbeza. Polish tidak perlu menunggu hujung minggu untuk menyatakan pendirian mereka di jalanraya sedangkan orang Malaysia yang sudah terbiasa dengan siri-siri demontrasi, masih menunggu hujung minggu untuk hadir berprotes. Itupun setelah sekian lama, siri siri protes menjadi semacam pesta - massa yang hadir lebih gemar ke hulu ke hilir dengan selfie stick. Ternyata, mereka sangat keliru dengan makna demokrasi sejati.

Selebihnya, orang Malaysia hanya mampu bersabar setelah kepincangan,urus tadbir yang korup, budaya rasuah bersabitan orang elit atasan yang menjadi punca utama tekanan hidup mereka semakin parah.

Sebagai ganti, kita (orang Malaysia) akan "marah marah manja" selepas membaca pesanan Whatsapp memberitahu harga minyak sudah naik.

Selepas beberapa hari protes di enam puluh bandar di Poland berlangsung, parti Law and Justice kini sedang membuat pusingan untuk menyelidik semula undang undang pengharaman pengguguran.
Apakah ini merupakan tanda satu kemenangan?

Seorang teman media sosial warganegara Poland bernama Wiktoria mengatakan keputusan kerajaan Law and Justice mengkaji semula undang-undang berkenaan tidak boleh dipercayai sehingga kerajaan tunduk kepada kemahuan rakyat.

Wiktoria menambah, protes membantah undang-undang itu hanyalah permulaan untuk satu tempoh resistensi yang panjang.

Teks ucapan Noam Chomsky di Howard Zin Memorial Lecture pada 22 Oktober 2011 yang dibukukan dalam bukunya Occupy, merakamkan ingatan Chomsky pada tahun 1930an (The Great Depression) dimana gerakan militan kesatuan pekerja hangat berlangsung.

Walaupun kemenangan kaum pekerja tidak dicapai namun kata Chomsky, "there was a sense that we are gonna get out of it, even among unemployed people, including a lot of my relatives, a sense that it will get better. Despite the hard times, there was a sense that, somehow, we're gonna get out of it"

Rakyat Poland sedar untuk satu kemenangan, kebebasan memerlukan tempoh yang panjang. Resistensi mesti sentiasa bergelombang dan mereka mulakannya dengan mempercayai diri sendiri, percaya akan terbitnya perubahan dan mempercayai kekuatan solidariti dalam usaha, gerak-kerja membebaskan massa dari penindasan.

Manakala orang Malaysia kemungkinan sudah letih berdemo. Sejak zaman Reformasi sehingga ke episod Bersih, sikap membantah semakin lama semakin tidak bermaya. Semakin lama kita semakin larut dalam ceramah ceramah politik yang membosankan. Semakin lama kita semakin terhibur dengan troll melibatkan Ahmad Maslan dan rambut Rosmah. Dan semakin lama, kita semakin tidak percayakan diri sendiri, semakin bodoh, dan kurang vitamin cita-cita menginginkan dunia yang lebih baik.

Paling kasihan, sebahagian besar dari kita masih mengimani bahawasanya segala kekucar kaciran, segala keresahan, kepayahan yang kita tanggungkan ini dapat diselesaikan dengan satu undi pada pilihanraya yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak