Sabtu, 12 November 2011

Kebanggaan kami (rakyat Tanah Pesaka Berjalu 15 terhadap Jenab Hole)

Ceritanya begini,
Jenab Hole adalah seorang rakyat negara Tanah Pusaka Berjalur 15. Datang dari kaum Weareonebutwecantspeaklocal yang sangat berjaya dalam karier dan kehidupan. Jenab Hole dah berusia lebih sepuluh abad. Tak pasti sama ada dia di zaman remajanya membesar ataupun pernah merantau menuntut ilmu di luar negara.
Yang pasti Jenab Hole sangat sukses.
Dengan kejayaannya yang semakin memuncak, satu hari yang langitnya bergaris-garis, media dari negara wespeakonelanguageandyouhavetoo datang hendak menemu ramah Jenab Hole di Hotel Luksuri Istana.
Temu ramah dijalankan bersama dengan beberapa lagi media dari pelbagai negara-negara lain. Dan ianya disiaran langsungkan di TV lokal.
Dijangkakan lebih 6.5 juta bontot penduduk Tanah Pusaka Berjalur 15 terlekat di atas karpet ruang TV mereka, mahu menyaksikan siaran langsung itu so badly!
Macam-macam soalan di tanya oleh media dari wespeakonelanguageandyouhavetoo.
Dari rahsia kejayaan dan cerita-cerita peribadi Jenab Hole.
Tapi, dalam banyak banyak soalan, ada satu soalan yang sangat menarik.
Media wespeakonelanguageandyouhavetoo bertanya tentang makanan kegemarannya,
Jenab Hole menjawab 'nasi berlemak/rotai tercanai dan teh ketulan ais'.
oh satu lagi, Jenab Hole suka lepak di kedai mamak di malam minggu.
Ini adalah identiti setiap rakyat Tanah Pusaka Berjalur 15 terang Jenab Hole dengan bangganya.
Media wespeakonelanguageandyouhavetoo begitu impress. Bagi mereka wah, ini sememangnya attitude rakyat negara ini yang datangnya dari pelbagai kaum namun mereka berkongsi keinginan dan kesukaan yang sama!
Sebelum media wespeakonelanguageandyouhavetoo menamatkan temu ramah, mereka ada meminta Jenab Hole untuk mengajar mereka bagaimana untuk menyebut Selamat Tinggal dan Terima Kasih dalam bahasa lokal Tanah Pesaka Berjalur 15.
Maka,
Jenab Hole pun menjawab sambil tersenyum simpul,
dia menjawab dalam bahasa wespeakonelanguageandyouhavetoo,
'iamsosorry deh, melocallanguage isdefinately nottoogood, theeheheh'
(mintak maaf la banyak banyak naa, saya tak berapa fasih cakap lokal,theeheh).

6.5 juta rakyat Tanah Pesaka Berjalur 15 yang terlekat di atas karpet ruang TV menyaksikan kata-kata terakhir Jenab Hole sampil mengunyah roti bercanai sampai lumat dan ada yang lapar melahap nasi berlemak, tak kurang juga yang menyedut teh ketulan ais sambil berkata 'Ahhhhhh, kenyangnya...'.

1 ulasan:

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak