Isnin, 31 Disember 2012

ANGKATAN VETERAN PROPA

Angkatan Veteran Propa adalah satu barisan tegar "Hidup Kerajaan" yang berpengkalan di Kampung Tempayan. Lebih spesifik, Headquarter Angkatan Propa terletak di warung kopi Pak Malique. Rancangan kegemaran ahli Angkata Veteran Propa sudah semestinya Propaganza di saluran Astro Ria. Tetapi ini tidak dinyatakan sama sekali dalam page rasmi angkatan di Fesbuk.

Objektif utama barisan ini ialah untuk mentarbiah anak-anak muda Kampung Tempayan untuk sayang dan mengagung agungkan Ketuanan Melayu, songkok tinggi dan baju melayu cekak musang. Warna merah adalah warna utama Angkatan Veteran Propa.
Anak - anak muda sekarang dah lupa asal usul. Asyik nak berduduk bantah ja. - kata salah seorang ahli angkatan. Kita mesti tentang habis-habisan anak-anak muda yang berfikirian jumud macam ni. Apa diaorang tak sayangkan negara ni lagi? melayu sama melayu gaduh, cina tepuk tangan. sambung seorang lagi ahi angkatan yang selepas itu menghirup kopi pekat Pak Malique.
Entahnya, orang melayu ni nasib baik ada kerajaan kita ni. kalau tidak dah lama melukut di tepi gantang. Aku ni, dengan duit BR1M lah dapat beli mee goreng Makcik Senah dan kopi 8 cawan Pak Malique ni. Ini pulak suara si Sopian, satu satunya anak muda Kampung Tempayan yang menyertai angkatan.

Aku sebenarnya bangga dengan kau Sopian. Engkaulah figura anak muda masa depan negara kita ni. Tapi kau memikul tugas yang besar, untuk bawak semula anak - anak muda kampung ni secara amnya untuk kembali ke jalan yang benar. Salute sama kau, Sopian. Puji Pak Dollah selaku timbalan pengerusi. Pak Dollah seorang pesara posmen yang hidupnya hanya mencurah bakti pada kerajaan. Kini Pak Dollah run business Cyber Kafe kat Kampung Tempayan , hasil pertolongan YB Kerajaan yang sangat prihatin. Sambil-sambil tu, dia jadi broker tanah untuk menjual tanah orang melayu Kampung Tempayan kepada tokey-tokey Cina orang kuat Kerajaan. Hasilnya, Kampung Tempayan sudah maju, ada karaoke, PUB, rumah urut dan kedai 1 Malaysia.


Tiba-tiba Pak Malique bersuara,
"Korang semua ni memang nasionalis sejati!"
"Hehehe, biasalah Pak Malique, kita ni kan orang Malaysia. Kita mesti utuhkan perpaduan kita semua. Dengan bersepadu, majulah negara!" getus Ibrahim Saidin , setiausaha Angkatan Veteran Propa.
"bagusla." sambung Pak Malique.
Tapi apasal korang semua pi belasah Apek Leong bila dia tanya kenapa tanah jiran dia Mohd Hamidon kena rampas dan dijual untuk dinaik tarafkan menjadi rumah lot kedai.?"

"Pak Malique tak tahu cerita dok diam la." bla.bla.bla.bla (beribu fakta disembur sampai berlinang air telinga Pak Malique menadah fakta ahli-ahli angkatan)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak