Sabtu, 17 Mei 2014

BACKPACKING DI KOREA : JOHN BENNET & CO.

Untuk kali ini, aku nak menulis se'simple' mungkin. 
Macam biasa, aku akan tunjukkangambar-gambar yang aku kaptur dalam perjalanan aku di Korea dan dari situ, aku akan bercerita.

Sebelum itu, ada satu tips bagi yang nak ber'backpack' dan membawa anak kecil.
Yang paling penting, hangpa semua kena tau apa benda yang akan membuatkan anak kecil tu 'calm' bila dia dah mula buat perangai.
Macam aku, Sang Quds kena ada makanan dia yang kami bawak sepanjang berjalan dan mainan dia seperti bola. 
Jadi dengan adanya makanan dan bola, sekurang-kurangnya bila dia tengah buat perangai di tengah tengah masyarakat Korea, Sang Quds akan kembali semula tenang dengan cara 'disogokkan' dengan makanan dan bola tadi.

Baik, lihat gambar di bawah;





Malam tu, kami taktau nak buat apa, jadi kami naik tren dari Irwon ke Garak Market Station. Tidaklah jauh, ia masih di dalam kejiranan Irwon. Di sini sebenarnya macam pasar besar borong. Jadi banyak gila lah barang barang basah, sayur di jual. Pada malam hari, kawasan market ni sesak dengan lori, dengan segala tok nenek punya pengangkutan yang digunakan untuk memunggah barang-barang basah, sayur sayur tadi.




Hari jumaat, kami ke Itaewon. Di sini dikatakan komuniti Muslim paing ramai di Korea. Mungkin sebab ramai imigran yang kebanyakkannya berasal dari tanah arab/middle east secara tidak langsung merubah lanskap religius komuniti di sini.

Aku syok betul tengok orang korea yang lelakinya berserban dan yang perempuannyya berhijab di kawasan Itaewon ni. Nampak benar, Islam sudah mula meluas di Korea. 

Hang boleh nampak peniaga-peniaga yang berbangsa arab boleh rilek kacang berbahasa korea dengan fasih. Dan jangan hairan jika seorang yang berbangsa Turki di sini lebih korea dari orang korea. 

Aku bersolat jumaat di sini. Ramai jemaah dari kalangan pelajar-pelajar universiti dari Malaysia. Khutbah dibacakan dalam 3 bahasa, dalam tempih 30minit dan pak khatib adalah merupakan seorang yang berbangsa arab.

Steady pak khatib ni, di awal khutbah, dia berbahasa arab, kemudian dalam bahasa inggeris dan kali ke tiga, dia berbahasa Korea.
Oh, lupa nak habaq, masa nak masuk ke ruang masjid, ada pegawai pegawai masjid dari kalangan Pakistan dan orang Korea sendiri yang menjemput jemaah masuk ke dalam.
Seusai solat jumaat, aku yang masih berada di dalam ruang solat masjid dapat melihat ramai sebenarnya orang korea yang mungkin belum islam sedang menunggu untuk masuk ke dalam ruang solat. Besar kemungkinan depa tengah belajar tentang islam. 

Lepas solat, kami singgah sebentar di salah satu kedai makanan turki. Pekena kebab ayam seround sebelum ke Trick Eye museum.


Sebenarnya, Trick Eye Mueseum ni boleh dijadikan salah satu tempat untuk dikunjungi di Korea. Di sini ada banyak lukisan lukisan 3D mural dan pengunjung boleh menangkap gambar sekreatif yang boleh. Nak masuk sini kena bayar, tapi aku tak ingat berapa. Rasanya tidaklah mahal mana pun. 

Ada banyak gambaq aku snap, tapi gila la kalau aku upload kesemuanya sekali.


Selepas aku snap gambar sang Quds ni, aku bawak dia ke satu sudut kecil dan aku slow talk dengan dia. Aku pesan, duit tak boleh beli segala-galanya Quds. Ingat pesan papa ni. Sang Quds kata, okie, tapi lepas ni Quds belanja makan kimchi, nak tak?


Aku dengan yang baju kuning tu memang berkomplot. Kami berbulu dengan mamat yang duduk sebelah perempuan baju merah gelap yang asyik dok menyibuk nak menangkan awek dia. Lelaki yang perasan bagus kena diajar sikit!


Mak aku pesan, jangan gelakkan orang yang ada kekurangan. Aku tak gelak, aku cuma snap gambaq ni saja. Toilet man? Lelaki bertandas?
KahKahKah!







Everland adalah taman tema yang terkenal di Korea. Dengan bayaran masuk sebanyak 35Kwon, pengunjung boleh masuk ke setiap penjuru taman tema. Di sini, kita boleh ke mini Zoo, naik bas pusing safari tengok encik beruang, encik singa dan encik zirafah yang kerjanya memberi pose pose manja untuk para pengunjung yang sibuk menangkap gambar depa.

Di satu sudut lain, kita boleh naik roller coaster yang tinggi gila, ada persembaham musikal dan macam-macam lagi lah. Aku syorkan, untuk datang ke everland pada hari bekerja. Tidaklah ramai sangat orang dan selesa sikit.

Oh ya, kalau hendak ke sini, kita boleh ambil tren terus ke stesyen Everland itu sendiri. Sampai di sana ada shuttle bas (free of charge) untuk mengangkut hang dan adik beradik hang ke everland.




Jika di beri pilihan antara pergi ke pasar atau ke Everland, aku pilih ke pasar. Hehehe, bukan sebab aku suka masak. Tapi aku lagi berkenan untuk ke tempat yang lebih mengenalkan aku dengan kehidupan sosial di satu-satu tempat.

Pasar Noryiangjin (aku tak tau betuk ke dak ejaan ni) mesti masuk dalam list jika backpack ke Korea. Hang boleh beli semua makanan laut yang gila segar. Fahamkan ayat ini, GILA SEGAR!

Sebab apa? sebab semuanya masih berenang renang dalam akuarium sebelum di jual dan di buat masak lemak cili padi.

Memandangkan, duit peruntukan masih menebal, kami beli ketam yang gila besar, udang yang gila tak hengat besar, kepah kepah yang obes dan filet ikan salmon yang bakal menambahkan berat badan setiap seorang dari kami.




Dan inilah hasilnya brader!


Ini merupakan hari terakhir. Masa untuk beli souvenir mana yang patut, konon buat kenangan. Jadi di mana tempat yang lebih afdal selain menghabiskan sisa baki duit yang ada kalau bukan di Namdaemun Market.

Sebelum aktiviti aktiviti orang perempuan berlangsung, roti bakar telur Halmuni (nenek) wajib dibelasah dahulu. Jangan ambil risiko untuk berlapar ketika membeli belah, kelak merencatkan proses tawar menawar.




Aku masih tercari-cari sebab kenapa orang korea suka sangat buat simbol 'peace' macam ni. Dan aku pun tak tau sebab apa setiap kali kami ambil gambar dengan orang korea, kami pun akan ber'peace' jugak. Orang melayu ni mudah sangat terikut ikut! Heh.



Perkenalkan, ini George. Jurugambar dari Peranchis yang sedang melancong sambil bekerja. Cukup ramah. Sudah travel di banyak negara dan katanya dia paling sakit kepala bila memandu kereta di Kuala Lumpur. Aku senyum saja. Aku pun sakit kepala jugak. George bertuah sebab dia tak lama di Kuala Lumpur. Aku hari-hari memandu di sana. Hari hari sakit kepala dan mendengus bila mula memandu. 


Suhu pada waktu ni mencecah 10 darjah. Mulanya sejuk, tapi mungkin sebab ramai orang di kawasan pasar, sejuknya tidaklah terasa sangat. Lagipun jalannya agak sempit membuatkan ramai yang bersesak sesak di kebanyakkan lorong.



Mamat ni jual kuih tradisional makanan kaum bangsawan korea di zaman dinasti dulu. Kalau jumpa dia, sila singgah dan perati perangai loqlaq dia. Aku tak tau dia belajar kat sapa sebab dia pandai sungguh cakap bahasa malaysia. 



Kita mungkin tak pandai bercakap dalam semua bahasa. Tapi budak budak ada satu bahasa anatarabangsa yang dipakai oleh semua budak budak sedunia. Bahasa yang depa sendiri faham.

Caption gambar : Perjumpaan untuk hari "budak-budak sedunia, bersatulah!"


Cukuplah sekadar itu, aku rasa dah habis kot aku bercerita pasal backpack aku di Korea.
Terima Kasih pada pari-pari polka dot yang banyak sungguh merancang backpack kali ni. Aku nak jalan saja. Aku tak plan sangat pun mana tempat nak pi. Aku cuma nak merantau dan ambil pengalaman sebanyak mungkin masa travelling.

Dan kerana ayat ini yang sungguh bertenaga,

"because a good traveler doesnt plan, yet he never think to return back"

Podah la shah hadri!

1 ulasan:

  1. Menarik cerita tuan. Tapi korea will never have in my list of visiting. Terima kasih bercerita kerna melalui ini saya mengetahui.

    BalasPadam

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak