Ahad, 11 Mei 2014

KEDUTAN KEDUTAN

Sudah cukup tahun selepas kita tak bersua muka, beramah mesra, melepak dan mengenakan kopi yang sama rasanya juga tidak berbalah tentang perkara perkara yang kita tegakkan dengan hujan hujan ampuh kita. 

Sudah cukup tahun kita tidak berbalas menulis puisi puisi picisan yang kita sendiri fahamkan, mendengar lagu lagu ambien yang kita kongsi dan nasihat nasihat yang kita saling lemparkan antara satu sama lain.

Aku sudah pulang kini.
Wajah aku ada sedikit kedutan. Kulit aku sedikit kekeringan. Rambutku sudah panjang dan ada helaian helaian keputihan. Bulu bulu di sekitar mukaku sudah menjalar. 

Ada perubahan, kan?
Yang tak berubah cuma cerita cerita kamu yang aku kuncikan. Aku simpan dalam setiap perjalanan.

Hairan.
Kamu sudah tidak mengenali aku sekarang. Manusia yang sedang berdiri di depan pintu rumahmu.

Sekarang, izinkan aku pulang.


1 ulasan:

  1. Ia semakin pudar kan tuan. Saya punya cerita yang sama.

    BalasPadam

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak