Jumaat, 9 Mei 2014

SENTIASA MUDA DALAM BERCINTA



Sudah aku menulis beratus ratus cerita pendek dan puisi puisi tentang kamu, pari pari polka dot. Semalam, bila aku mahu selak balik halaman-halaman tulisan itu, semuanya sudah ghaib. 
Aku mencarinya di setiap helaian. Tak jumpa-jumpa. Semuanya sudah ghaib pari pari polka dot.

Pesan mama, jika ada barang yang hilang, bertenang sejenak. Ambil masa bersendirian dan bila hati sudah lapang, sambung semula pencarian.

Jadinya aku keluar duduk di luar bersama segelas kopi pekat untuk mencari kelapangan hati yang diragut kegelisahan kehilangan puisi puisi dan cerita pendek perihal dirimu.
Kopi yang ada aku minum perlahan -lahan dan aku pandang pada langit yang kelam.

Magis datang dalam macam macam cara.
Di atas langit, setiap patah ayat yang aku gubah untuk kamu sedang tersusun cantik di atas langit. Dan setiap puisi-puisi dan cerita cerita pendek perihal dirimu diterangi bintang bintang.

Pari Pari polka dot kamu datang kerana cinta.
Aku sambut dirimu yang berkepak dua yang comel itu kerana aku tahu, kamu saja yang tahu mencintai aku.

Selamat Ulang tahun Pari Pari Polka Dot.
Umur kamu itu berahsia. Tiada siapa tahu umur kamu, kerana kamu sentiasa muda dalam bercinta.

1 ulasan:

  1. Biar jauh hilangnya catatan tentang dia pari pari, tetapi dia ada di hati tuan yg tak mungkin hilang. Maka teruskan bersajak , berpuisi tentangnya kerna hanya dia cinta hatimu. Hanya dia. Ameen.

    BalasPadam

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak