Khamis, 4 September 2014

BERROW, FALSAFAH HIDUP YANG TIDAK REALISTIK ITTEW LAH SEBENAR BENAR UTOPIA!

Audi bagitahu aku yang emak  mertuanya baru siap renovate rumah. Untuk renovate bahagian dapur dan sebahagian lain di ruang tamu, mak mertuanya menanggung kos ratusan ribu!

Kami berborak mengenai harga rumah sementara sampai di stesen masing masing. 
Audi menyambung bicaranya sambil kedua belah tangannya diseluk ke dalam poket ala-ala brader macho,

'Harga rumah sekarang memang mahal, tak masuk akal.  Lagi lagi di kawasan Lembah Kelang. Rata-rata harga 'landed house' sudah hampir mencecah sejuta. Apartment pulak dah makan hampir RM 400 ribu bila siap dibina. Kalau beli di luar kawasan KL, macam di Semenyih atau Bangi terpaksa pulak tampung kos travelling ke tempat kerja di KL. Gaji banyak tu jugak. Mana mampu bro.'

Tutur kata Audi sangat tenang. Mukanya rileks walau berbicara topik serius.
Sebelum keluar dari pintu gerabak setibanya Audi di stesen Setiawangsa, dia sempat berfalsafah sepam, 

'dari beli rumah, baik gua terus menyewa. Simpan duit untuk travel dan pergi makan sedap-sedap. Enjoy life beb'

Peh. Ayat terakhir Audi gila punya deep.
Dia lalu senyum dan berkata, gua chow dulu , jumpa esok.

Dek kerana falsafah hidup Audi yang tersangatlah utopia tu, sekarang aku on the way berdiri dalam tren bersama umat manusia yang lain menuju ke tempat kerja masing-masing. 
Kerja memang boring tapi tak sangka ayat last Audi semalam injek sedikit motivasi untuk bekerja pagi ni.

Apadia sekali lagi? 
Motivasi pagi? 



1 ulasan:

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak