Isnin, 6 Oktober 2014

ABANG BERJUBAH DAN BERSERBAN, MAHUKAH HANG TERANGKAN PADA AKU, APA MASALAHNYA KALAU DIA YANG MASAK NASI GORENG DAGING AKU TU?

Aku rasa yang tengah masak nasi goreng daging aku tu bukan seorang perempuan. Dia lelaki, tapi dia nak jadi perempuan. Dalam bahasa urban yang sopannya ialah, dia mungkin 'transgender'. Bila tengok dia, aku teringat ada akan seorang mamat mana entah yang beri satu soalan pada ustaz Azhar Idrus yang bagi aku adalah sangat retorik.

Tanya mamat tu,
'ustaz, apakah hukumnya makan masakan seorang pondan?"

Bersangka baik adalah kunci pada setiap kebaikkan. Dan mamat tu mungkin seorang yang dahagakan ilmu, jadi untuk mengilangkan dahaganya, dia pun bertanya pada orang yang alim. Tak salah pun soalan tu sebenarnya.

Yang salahnya, masyarakat kita, aku nak tekankan lagi-lagi yang menganuti agama suci, Islam sangat mundur dalam menjaga sesitiviti, keharmonian dan semangat untuk menghormati antara satu sama lain. 

Aku sering perhatikan, kebanyakkan dari kita memandang hina akan golongan-golongan 'transgender', 'gayboy', 'pengkid' dan yang seangkatan dengannya. Aku tak tahu apa masalahnya sampai kita nak pandang hina, memberi layanan yang tidak sopan dan membenci mereka seakan akan mahu makan mereka, kunyah daging-daging mereka dan ludahkan segala daging yang dah lumat tadi ke dalam longkang.

Golongan ini tak pernah pun memeluk erat kaki kita untuk beri wang ketika mereka lapar. Tak pernah pulak mereka datang meraih simpati dari kita untuk membayar sewa rumah depa yang berbulan tertunggak. Aku juga yakin, mereka tak pernah menggangu rumah tangga kita pada malam hari bila kita lelah beradu. 

Tak semua dari mereka bekerja di lorong. Tak semua dari mereka hidup susah.
Aku kenal seorang yang agak 'transgender' di pejabat (berlainan department) aku yang begitu berjaya dengan kerjayanya. Kebanyakkan orang kenal dia disebabakn skill yang ada padanya dan juga kerana prestasi kerjanya yang mengkagumkan. Dek kerana itu, dia dijulang tinggi. Cuma, dia datang pejabat berkasut 'high heel', baju dan seluar yang dikenakan adalah baju perempuan. Rambut dia lebih kurang Farah Fawcett.

Perlu diakui, kita tak pernah nak menghampiri dan bertanya mereka apa masalah yang mereka hadapi. Samada mereka dah makan ke tidak, duit cukup ataupun terlebih, kita lagi bahagia untuk tidak ambil peduli. Kalau bertanya sekalipun, kita dah simpan machine gun dalam beg, stanby untuk tembak habis habisan apabila mereka menjawab soalan-soalan kita. 

Kebencian yang meluap luap ini kita wariskan pada anak cucu. Kerana dengan membenci dan menghina adalah perkara termulia yang pernah kita dokongkan sewaktu hidup.

Apa yang aku belajar dari Nabi Muhammad adalah menghormati dan memberi kasih sayang adalah perkara teragung dianjur dalam Islam. Yang dibenci adalah perilaku seseorang individu yang menafikan fitrah , yakni menafikan anugerah tuhan pada mereka. Membenci dan tidak bersetuju dengan tindakan mereka yang 'memandai-mandai' merubah apa yang telah tercipta pada batang tubuh. Bukannya membenci tak ketahuan punca. Ini pantang tengok pondan atau pengkid, mulut ni serupa mata pedang ISIS pancung kepala tawanan. Tajam serupa apa lagi.

Nabi Luth memujuk kaumnya sehinggakan mahu menyerah sendiri anak perempuannya untuk dinikahi kerana fitrah manusia untuk hidup berpasangan pada jantina berlainan bukan pada sesama jenis. Dipujuk kaumnya untuk berpatah balik pada fitrah manusia. Dan seperti yang semua orang tahu, tuhan turunkan bala pada mereka setelah mereka berterusan berdegil dan melawan nabi Allah Luth.

Ada dalam cerita ni kita nampak Nabi Luth mengeji kaumnya yang 'gayboy' tu? Ada kita nampak Nabi Luth menghina dan menyisihkan 'gayboy-gayboy' zaman tu dari kehidupan seharian?

Berterusan untuk menyisishkan golongan-golongan ini sebenarnya tidak memberi jalan penyelesaian. Menghina, mengeji dan menjatuhkan maruah golongan ini juga tidak merubah mereka untuk kembali kepada kehidupan normal seperti yang dikurniakan. Yang beragama Islam pasti ada jalan untuk membawa semula saudara-saudara yang tersasar ke dunia 'pelik' untuk kembali ke jalan yang benar. Yang tidak beragama Islam juga pasti ada formula tersendiri untuk membantu.

Bukankah manusia ini dicipta untuk berkasih sayang? 
Tak payah la nak tunjuk wara' sampai menghina manusia yang terpesong dari jalan asal.
Pergilah buat sesuatu, dari dok tunjuk pandai berhujah tak kena gaya.

Lagipun nasi goreng daging dia boleh tahan sedap. 
Nanti aku nak tanya dia macam mana dia goreng nasi sampai sedap macam ni.
Mana la nak tahu, lama-lama boleh jadi member, esok lusa boleh berjemaah sekali, ye dak?

1 ulasan:

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak