Sabtu, 6 Disember 2014

UNTUK ANAK ANAK YANG MEMEGANG CAWAN PLASTIK BERISI NOT NOT SERINGGIT


"di manapun kau mendapati seorang budak lelap tertidur, 
segera ambil seember air dan sebatang rotan.
siram wajahnya agar dia tersentak dan terbelalak.
berikan rotan itu.
katakan kepadanya,
siapakah yang memperbudakkanmu?
merdekalah! cambuk dan usirlah sesiapun yang melelangmu!
- Ali Syari'ati

Menjadi pemandangan yang normal pada setiap hari jumaat, akan ada manusia-manusia yang meminta sedekah di perkarangan masjid-masjid Kuala Lumpur. 

Ada yang datang dari kalangan NGO memungut kutipan dana untuk masjid-masjid, ada yang mohon sumbangan untuk saudara saudara di Pakistan dan yang selalu aku perhatkani adalah golongan perempuan-perempuan muda dengan bayi yang duduk di sepanjang kaki lima luar masjid dan anak anak kecil yang ke sana ke mari memberi salam kepada orang yang lalu lalang sambil memegang cawan plastik yang berisi wang syiling.

Samada di masjid india Kuala Lumpur atau di masjid asy syakirin di KLCC, pemandangan yang sama akan berlaku pada setiap hari jumaat. Melihatkan anak anak kecil yang masa depannya menjanjikan banyak perkara, membuatkan aku berfikir, apakah mampu anak-anak sekecil ini mampu keluar dari ruang hitam yang memenjarakan mereka?

Aku pernah tanya seorang kawan tentang perkara ini.
Jawapan dari dia sangat mudah.
Katanya, budak budak ni dan yang lain lain tu kebanyakkannya dikawal sindiket. 

Bagi aku, samada dia berada di bawah pengaruh sindiket atau tidak, mereka adalah kaum-kaum yang tertindas. Tertindas membuatkan mereka keluar merintih simpati kerana kesempitan hidup. Lagi tertindas bila mereka di kawal oleh orang yang berhati syaitan yang sanggup mengerah mereka untuk keluar mengutip wang sedekah. Kerana tertindaslah, anak anak ini berlarian di sekeliling masjid menarik narik baju kita memnita  diberikan sekurang kurangnya not seringgit dimasukkan ke dalam cawan plastik yang dipegang.

Teringat aku pada kata-kata nabi, "kemiskinan membawa kepada kekufukuran" yang jelasnya kufur di sini salah satu maknanya ialah, orang orang miskin sudah tidak malu lagi untuk keluar meminta minta secara terang-terangan sedang pesan nabi adalah, manusia manusia yang berkeupayaanlah yang wajib mencari si miskin untuk diberi bantuan. Melalui proses inilah yang membuatkan si miskin tidak membuka aib kesengsaraanya.

Melihatkan situasi begini, perlahan-lahan membuatkan aku terfikir kenapa umat yang tuhan katakan umat hang paling mulia kerana menganuti agamanya menjadi sebegini rupa?

Minggu lepas di masjid asy syakirin KLCC, Habib Umar, seorang agamawan besar dari Hadramaut datang berkhutbah. Khutbah berbahasa arab. Aku tak paham sepatah apa pun sebab tak pandai bahasa arab. Jadi aku duduk membatu menunggu untuk solat jumaat.

Usai solat, anak muridnya yang terkenal di sini iaitu Habib Ali Zaenal bangun berdiri dan menterjemahkan apa yang dikhutbahkan oleh Habib Umar tadi. Masa tu, kebanyakkan jemaah dah angkat kaki. Bukan sebab boring, tapi sebab nak balik pejabat. Ada jugak yang masih menunggu, dan aku nampak, ada yang sedang berasak-asak untuk masuk ke ruang solat di dalam untuk mendengar penyampaian Habib Ali.

Aku turun ke bawah dan beransur pulang ke pejabat semula. Aku nampak anak-anak kecil peminta sedekah sedang 'bekerja' berlari lari meminta sedekah dari jemaah yang nak balik. Perempuan-perempuan muda yang mendokong bayi pun melemparkan renungan muka simpati kepada semua jemaah yang lalu lalang. 

Hari ini, khutbah diperdengarkan gagal memperjuangkan anak-anak kecil di bawah ini. Khutbah masih jauh ketinggalan untuk mengangkat perempuan-perempuan muda peminta sedekah ini untuk bangun berjalan malah berlari  keluar dari desakan kemiskinan. Khutbah melupakan beribu unit keluarga gelandangan yang tidur di bawah jejantas. Khutbah kini bersifat eksklusif khas untuk manusia manusia kelas tertentu. Khutbah pada setiap jumaat tidak jemu jemu mendoakan kesejahteraan monarki tetapi lupa untuk menyeru untuk mempraktikkan ajaran ajaran nabi yang revolusioner. Paling membebalkan, mereka, pak khatib memuji muji dasar dasar dan tindakan pemimpin negara yang kerjanya giat melingkupkan masa sekarang dan masa depan masyarakat.

Mereka yang berkhutbah adalah juara untuk mengajak sekelian umat untuk berjubah,berserban. Mereka tidak punya masalah untuk mengajak ratusan ribu untuk berselawat pada malam cinta rasul. Mereka tidak kisah pentas yang disediakan untuk mereka bernilai ratusan ribu sedang masih banyak lagi yang mengalirkan air mata ketika anak kecil menangis kelaparan. Agamawan dan para alim ulama selesa berada di kaca televisyen, sibuk berkualiah ke sana kemari, sibuk berfatwa menyesatkan kaum-kaum tertentu, sibuk menyalahkan agama lain tetapi tidak mengambil 'pot' tentang permasalahan sosial. Agamawan tidak berasa bersalah sedikitpun ketika mereka menyalahkan masyarakat kerana tidak bersyukur di atas kekangan hidup yang semakin melampau. Agamawan dan ulamaklah yang paling tidak segan silu berpelukan dengan pemerintah di atas pentas bersetuju dengan keadaan sosial, ekonomi umat yang sudah berkali kali dijahanamkan.

Hari ini, semakin kecil bilangan kaum yang kita panggil agamawan berdiri di mimbar untuk mengkritik rasuah yang berleluasa, semakin nipis jiwa mereka untuk berdepan dengan pemerintah yang barbarik, semakin halus perasaan kemanusiaannya untuk bergerak di saf paling pertama membebaskan manusia dari diperbudak budakkan.

Munir Che Anam memetik kata-kata Muhammad Ahmad Khalfallah dalam bukunya "Muhammad SAW & Karl Mark : Tentang Masyarakat Tanpa Kelas" - Muhammad saw adalah seorang revolusioner dalam ucapan mahupun perbuatan. Muhammad saw bekerja demi perubahan radikal pada struktur masyarakat sosial di zamannya. Dan Muhammad saw adalah susuk yang berani merombak status quo  dengan membawa satu ajaran yang menolak otoritas kelompok berkepentingan.

Nah, ternyata hari ini kita hanya mempertahankan sesuatu yang dungu tanpa berani mempersoal, mencabar dan menyerang status quo apalagi mengotorkan tangan-tangan anugerah tuhan untuk membebaskan masyarakat dari kemelut perhambaan.

2 ulasan:

  1. Hang jgn quote nama depa wey. Hg xtaw. Mata kasar tu bahaya. Pergghh.

    BalasPadam
  2. ini bukan fitnah untuk agamawan anda.
    ini realiti. baca dan jangan pernah bersetuju dengan saya.

    BalasPadam

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak