Jumaat, 7 Ogos 2015

SEBUAH DAKYAH MENOLAK POLITIK KEPARTIAN



"The most violent in society is ignorence"
- Emma Goldman

Saudara-saudari sekalian,

Sudah tiba masanya kita, rakyat Malaysia mencabar kefahaman politik yang kita anuti. 
Kita mesti melonjak ke hadapan sejauh mungkin untuk menyemai benih benih pencerahan.
Tanpa pencerahan, masakan kesedaran dapat dipeluk malah tanpa kesedaran usahkan bermimpi untuk keluar dari mahligai kebodohan ciptaan pemerintah.

Barisan pemodal, kaum pemerintah dan politikus mahukan kebodohan dilihat elok, sihat dan tidak berdosa. Kebodohan mesti dilihat sebagai utopia di mata sekalian umat. Kebodohan mesti diimani supaya segala tindak tanduk autoriti tidak dipersoal, tidak dicabar dan diakui adil sebagai sistem putaran kehidupan manusia sejagat.

Saudara-saudari,

Tidak semua perkara dapat diselesaikan melalui parti politik. Juga, tidak semua masalah dapat diatasi dengan ucapan-ucapan mendebarkan para politikus. 

Kita mesti benar-benar faham bahawa dalam sketsa politik Malaysia, era pentadbiran Najib yang terlondeh dengan seribu satu macam mimpi ngeri tidak akan selesai apabila rakyat secara berbondong bondong berdiri di belakang Mahathir sebelum menggantikan Najib dengan buat caturnya.  Ataupun kita menganggap Malaysia berpeluang menjadi lebih bersih dari segala daki korupsi apabila menukarkan Umno/BN dengan sosok bernama Anwar Ibrahim dan kemudiannya mengangkat barisan politikus dari kalangan opposisi sebagai jemaah menteri Malaysia.

Samada perbalahan dan perpecahan yang berlaku di kalangan kelas elit pemerintah mahupun dikalangan opposisi itu sendiri, ianya berlaku kerana sikap ahli politik untuk melindungi kuasa masing-masing dan bukanlah kerana mereka berlumba lumba memberi kebaikkan kepada rakyat sebagai kaum majoriti.

Oleh yang demikian, janganlah kita begitu naif diperbudak budakkan.

Atmosfera politik Malaysia berada di dalam keresahan yang amat mendalam. 
Kejatuhan nilai ringgit, skandal derma 2.6 billion, skandal 30 billion kerajaan negeri Selangor, perjanjian TPPA yang tidak transparen, cukai GST - kamu boleh namakan apa saja, semuanya sudah berlaku dan entah apa lagi cerita korupsi yang bakal didedahkan esok hari.

Resistensi bermula dengan kesedaran massa.
Kesedaran tidak bermakna dengan post-post makian di laman sosial semata. Resisntensi tidak dipotraitkan dengan cara "troll", mengumpul "like", menekan butang "share" kemudian bergelak ketawa dan berhenti setakat itu sahaja.


Di kala kebanyakkan ilmuwan, golongan intelektual dan kaum agamawan yang tidak berpihak kepada masyarakat, masyarakat sendirilah yang perlu berfungsi. Menjadi tugas masyarakat untuk mendidik masyarakatnya sendiri.

Pencerahan diperlukan untuk menyedarkan publik supaya bergerak bersama massa. Anak-anak muda, kaum pekerja mesti duduk berbincang, mengorganisasi pelan-pelan tindakan radikal mencabar hegemoni politik pemerintah. Kita perlukan lebih ramai penglibatan rakyat dalam membawa aspirasi kaum majoriti. Kesedaran, pencerahan dan alternatif kepada sistem yang sedia ada mesti terus menerus ditukangi. 

Permasalahan pemerintahan yang sedang nazak ini mesti diubati dengan solusi yang jelas. Masyarakat mesti berani melibatkan diri membentuk perubahan dalam kemelut demokrasi,sosial dan ekonomi negara.

Saudara saudari , 

Perkara seperti inilah yang tidak dapat diselesaikan parti politik baik parti pemerintah atau parti pembangkang. Kesedaran di atas krisis yang berlaku adalah perkara yang mesti dipupuk. Ia adalah pilar yang akan membawa kepada penentangan keras terhadap status quo.

Tinggal lebih kurang seminggu sebelum Bersih 4.0 memulakan aksi 34 jamnya kali ini dengan 5 tuntutan. Semoga aksi Bersih 4.0 didokong anak-anak muda, rakyat biasa, kaum pekerja akan membawa gerakan demokrasi yang lebih ampuh dalam memberi tekanan kepada pemerintah selain dari tujuan utama - menarik lebih ramai masyarakat membakar sumbu resistensi!


3 ulasan:

  1. Parti politik yang ada aku simpulkan "tak ada hubunganya sama sekali dengan kami buruh.Mereka hanya memanfaatkan suara kami demi kedudukan mereka."

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak