pengenalan:angah safri,nama gelaran yang diberikan kepada seorang sahabat yang beralamat di 293,taman rakyat mergong,aloq staq kedah.masih ingat lagi tika aku baru memasuki alam darjah 1,angahlah manusia yang dipertangungjawabkan oleh emak aku untuk menengok-nengok aku di sekolah.kata mama,angah ketua darjah yang memakai tali leher hijau itu boleh diharap untuk menjaga aku yang ketika itu baru memasuki alam baju putih seluar pendek biru...the rest is a long journey,membesaq bersama-sama...

isi-is kandunagan:
"sahabat2 sekalian,jemput mai kenduri kawin saya.akad nikah di masjid zahir,18mac,19 kenduri sebelah pengantin perempuan dan rumah saya 21mac" begitulah mesej yang aku terima dengan gembiranya tatkala masih lagi mendial number telepon customer bank yang terlupa membuat pembayaran kad kredit.ha,menggunakan kata-kata seperti budak yang mendapat coklat free,yea2 angah kawen dan terus menekan butang untuk reply mesej jemputan si angah ni.dengan jawapan yang begitu pantas di balas angah"ang jangan yea2 ja, cuti jangan lup amik" terus aku bulatkan tarikh keramat angah di kalendar milik ofis aku.itu cerita beberapa miggu sebelum aku pulang bergegas ke aloq staq untuk menghadirkan diri ke kenduri sahabat yang membesaq sekali.
malam 20mac (jumaat malam)
perancanagan untuk tidak membuat xtra keja di hari sabtu telah dirancang rapi demi memastikan kenduri angah dapat dihadiri.hahah,jumaat hari yang membenarkan pekerja citibank seperti aku untuk pulang lebih awai seawal 5petang.gembiranya boleh balik awai tak dapat digambarkan dalam slot ini,lagipun tulisan merewang ini tidak bertujuan sama sekali untuk mengambarkan emosi pulang awai dari opis.okie,sebelum berangkat aku meneman kaseh hati aku ke stesen dato keramat.kaseh hati juga mahu pulang ke raub tanah tumpah darahnya.ha,habis saja melambai mesra ke arah kaseh hati aku yang sudah selamat menaiki bus,aku segera pulang ke damansara.kemas apa yang patut,baju,toilettries dan camera nikon d60,aku siap untuk pulang.bus mara liner sedia membawa ke destinasi tepat 1145 malam.

21mac hari angah kawin
"1140 tepat get ready"demikianlah mesej pagi yang diantaq oleh payan sahabat yang baru saja mendapat keja kat kilang baru untuk mengambik aku terus ke rumah pengantin.ada tugas amik gambaq angah kawin,tapi cameraman yang tak tentu arah ada 3 orang termasuk aku,payan dan achik.emmm,nama pon payan 1140 mana samapi lagi,tapi bila masuk ja 1230 baru la mamat yang berpakaian lengkap mat kilang mai menjemput aku.hahaha achik da ada kat aloq staq,dia akan shoot dulu kat sana.dia kata pandu terus ke jalan limbong kapal rumah pengantin pompuan.rombongan angah mai menjemput pengantin pompuan di kediaman.hampir sejam keta honda asli dari jepon memecut ke kediaman pengantin perempuan.'lapaq la payan protes aku"hahaha malas betoi amik gambaq.kedatangan aku dan payan disambut lin adik angah ngan pengapit angah,iwan.hahah.hanya acik ja kot yang dok amik shot angah dan isteri tercinta.aku ngan payan...makan kuih..sedap gak,lapaq la katakan..
rombongan bergerak terus ke rumah pengantin lelaki.haaaa..ramainya..meriahnya.aku ketika itu bersama payan dan achik cuba mengambil shot2 terbaik untuk dihadiahkan kepada angah.hahaha orang tu mintak peti ais hadiah hari kawin,kami plak amik gambaq bagi ja kat dia. aku sambil2 tu mengambil kesempatan berjumpa geng2 taman.amet orang pertama aku berpelukan.hahah lama xjumpa weh,amet dah kurus.tak lama kemudian berjumpak plak geng2 taman yang masih menetap di taman, openg,badut,rahmat,udi,aman n apek.hahaha,masing2 dah ada keja sendiri tapi cara melawak tak ubah macam kami waktu kecik dulu.kelihatan geng taman yang lebih otai(pot pen,man katak,shah kulup n d rest pon ada).tersenyum senyum sambil salam2.geng2 taman ni patut la dianggap sebagai geng sejati,semuanya menyambut hari bahagia angah dan isteri.makanan pulak tak payah cakap, meriah sangat kot.ada plak satu sudut yang disediakan geng otai untuk tetamu.'depa' menyediakan laksa,bubur kacang dan teh tarik sebagai makana extra.angah patutnya berbangga dek kerna mempunyai rakan2 yang hebat seperti depa semua ni.hahaha.bagus lah,aku yang maseh memerhati untuk mengambil shot 2 wedding ni dapat melihat semua kelibat manusia yang hadir.makcik2 jiran kebanyakkannya datang menanya khabar.maklumlah dah berpindah.
satu yang aku dapat snap kan di hari itu,ialah perasaan bahagia angah.gembiranya dia hanya dapat dipotretkan di dalam lensa minda aku.angah memang tak ingat teruja bila rakan2 rapat hadir di hari kendurinya.ucapan terima kaseh dah macam di rekod dalam peti suara dia. bak kata orang melayu la,'besaq hati'itulah yang ayat sempurna mencerminkan angah pada hari itu.setiap tetamu dihargai sebaik mungkin.angah cukup gembira,aku juga dapat merasakan kegembiraan angah tu walaupun hanya suku sahaja.bukan gembira sebab aku pon nak kawen tapi gembira sebab apa yang aku nampak dari wajah angah dan isteri.
malang sekali,achik dan payan dah pulang ke rumah untuk melelapkan mata seketika,aku hanya diteman udi yang kuat mengarut di sisi.sesekali aman mengambil camera aku untuk merakam suasana hari itu.aku la pulak yang tiba-tiba mengambil gambaq angah sampai ke habis acara hari tu.angah dan isteri mengambil kenangan dengan setiap hadirin.angah dan isteri nampak letih melayan tetamu tapi pasanagn ini tetap tersenyum gembira.

geng2 taman tetap menunggu sampai habis kenduri.shah kulup,man katak dan semua geng menolong famili angah untuk mengemas2 majlis lepas ja habis kenduri.riuh rendah ni tak payah cakap la.tapi yang penting semua dapat share perasaan angah.em,angah terima kasihla jemput aku pi kenduri kawen ang.aku gila hepi,dapat amik gambaq ang,dapat jumpa geng taman n paling penting dapat makan nasik kenduri.lama gila kot teringin nak makan.harap angah,ang dan isteri selamat,bahagia dan bercinta sampai ke hinnga hayat noo.rasanya baru ja cukup seminngu ang dah berkahwen,tak salah rasanya kalau aku nak wish sekali lagi 'selamat pengantin baru angah dan isteri,semoga berkekalan hendaknya'...p/s 1 lagi yang menarik time kenduri angah,ada karaoke,ada la sedara2 angah kot menyanyi lagu m.daud kilau sambil gelek,hahahah,lentik habaq ang.
biskut,2.05pagi,sabtu 28mac
sedih la tak boleh join... -z
BalasPadampasai apa gambaq buste xdak?
BalasPadam