pagi isnin,hari termalas sedunia,hari yang sungguh luar biasa untuk makhluk seperti kameel.namun, seperti hari biasa jugak,kameel bangun untuk bersiap ke opis.selepas solat subuh dan berpakaian kemas, kameel terus memandu ke parking stesen kelana jaya.seperti biasa,walaupun harinya luar biasa, kameel memandu sambil menghadam pantun-pantun tak tentu arah saleh yaakob(sinar fm)sebagai makanan paginya.tak jauhpun,kurang 20 minit maka sampailah kameel di parking stesen kelana jaya.'tot',alarm kereta si kameel ditekan,berlengganglah kameel menuju ke platform tren .16 stesen,angka yang membawa kameel sampai ke opisnya.masih awal,baru 725 pagi,namun itulah masa kameel yang maseh diulit mimpi semalam,membawa nasibnya ke tempat rezeki.penumpang sederhana ramai tapi semakin padat bila menyinggah di setiap stesen.kameel seperti kebiasaannya berpaut,dan mengira-ngira stesen dengan harapan cepat sampai ke stesen ke-16. 30 minit kemudian,kameel sampai di stesen ke-16.ah,pergerakkan lebih pantas.terus menuju newplus.com,sebuah kedai bertemakan 'grocery shop' di dalam stesen tersebut.2rm diletak terus ke atas meja kaunter,menandakan kameel telah membayar 2 botol vitagen puteh.tukang jaga kaunter,bermuka selebet megangguk-angguk menerima 2rm kareem.
tingkat 8 butang lif ditekan.masuk saja ke dalam ofis kameel menuju ke meja dan terus meletak vitagen puteh.kadang2 adalah kerja tangan si kameel ni seperti lukisan dinasor pink ataupun hasil seni yang murah yang diletak sekali bersama vitagen putih.selepas meng 'on' kan komputernya,kameel berlalu keluar.bukan ke tingkat 5 pun.....awal lagi baru pukul 8.05min.pagi ini luar biasa,tapi seperti biasa tingkat 21 menjadi port untuk melelapkan mata seketika.......
dah pukul 9,kameel turun ke tingkat 8 untuk memulakan kerja rutinnya.malasnya si kameel tak usah dikata.bukan tak punya motivasi,tapi seringkali dibunuh bila terpaksa melihat kerja normal yang harus dilakukannya.kameel menyimpan kunci keretanya ke dalam drawer,dan beralih ke meja komputer.'aik' bentak hati kameel....hari ini luar biasa...tiada karipap yang diletak di atas meja.tidak ada satupun karipap.biasanya 3 biji.jangankan 3biji,plastik yang menutupi tubuh karipap pun tak terlihat.yang ada,burung kertas hijau dan mainan keretapi.
kameel menyorot kerusi untuk meninjau ninjau ke meja tadi..vitagen puteh telah diletak di atas meja yang betul,tapi orang yang duduk kat meja tadi orang yang berlainan.sangat berlainan.eee,vitagen putih tu bukan untuk orang tu pun.....
kameel menarik nafas panjang.'em,hari ini luar biasa', kata kameel dalam hati.dia bukan lagi kat sini.patut la vitagen putih tak terusik pun dan karipap pun tidak ada lagi.'awkward' kata mat saleh. tapi inilah harinya, akan terus berlalu dan akan berubah membentuk kebiasaannya di kemudian hari.takkan ada lagi vitagen dan karipap di pagi hari mahupun extension number 82625 yang akan di dial oleh kameel tepat pada 10 pagi seperti hari-hari sebelum ini.kameel berasa pelik,tapi di minda kameel kukuh mengatakan 'walaupun hari ini luar biasa,tapi seperti biasa dia akan terus kekal di hati walaupun dia tak lagi berada di sini' ..................................
ah..vitagen tadi yang tak bertuan..'amik baliklah',kata kameel.bukan untuk orang tu pun.ceh
kameel,1039mlm,2april09
merepek apa wei... org tulih blog dalam bi weh baru la abg kota -z
BalasPadamya aku perlukan masa untuk menjadi abg kota seperti ang
BalasPadamdeep words..
BalasPadam