
melati polka dot(bukan nama sebenaq) sememangnya layak diberi penghormatan.bukan kad kredit tapi pujian yang menggunug setelah berjaya membawa pasukan frontliner citibank menawan suasana indah di janda baik.beliau layak dinobatkan sebagai perancang terbaik,kapten terulung dan jugak pengendali team yang disegani.....tanpa melati team frontliner yang berkapasiti 13 orang termasuk aku tak mungkin menghirup udara nyaman di janda baik resort.
melati polka dot=meahku
tak sangka sungguh bulan januari lepas, selepas bersuka ria di kota keriangan di genting,aku ada menanyakan meahku tentang janda baik.al maklumlah meahku anak jati pahang,sikit sebanyak mesti tau tentang tempat tu.masa tu aku ngan dia bersembang dalam perjalan pulang dari kota keriangan tu ngan budak-budak frontline jugak.trip ni happening sebab kami pi sana dan bermalam kat surau genting sempah.
meahku menerangkan tentang janda baik ni,dapat jugak la aku berimiginasi rupa bentuk kawasan tu.aku hanya tahu nama janda baik ni selepas menonton siaran nona tv3 dulu time sekolah.tempat tu dijadikan sebagai tempat depa bersiaran langsung serta mempromosikan daerah tersebut.okie,sebenaqnya trip ni menganbik masa sebulan jugak la untuk diuruskan.dengan adanya plan kami berdua ni cepat ja trip ni disambut baik oleh team frontline khususnya budak-budak low risk citibank.hahaha plan yang kecik mulanya menjadi besaq bila mana suma dah tak sabaq-sabaq nak menerpa ke daerah janda.bermodalkan gambaq-gambaq sungai di kawasan janda baik tu, mulalah budak budak ni resah dan gelisah,bukan apa semuanya tak sabaq untuk menuju ke tempat tu.
meahku kapten yang cekap:plan untuk mengumpul rakan rakan da berjaya.seterusnya dari resort untuk bermalam sehinggalah ke booking bilik dan acara bbq telah diatur secara begitu komprehensif.seramai 12 orang frontliner dengan tergedik gediknya akan mengikut trip janda baik ni.resort yang dipilih pulak, semestinya resort yang paling gempaq skali, "d'arc resort" telah menjadi tempat bermalam kami.sebenaqnya bilik semuanya dah dfully booked sehingga bulan ogos.namun 'good communication skills' kapten kami telah merubah segalanya.terus 2 bilik di d'arc resort telah di book oleh kami.tarikh 28 mac lepas telah ditetapkan sebagai tarikh bagi frontliners untuk menawan daerah janda baik itu.imagin aku hanyalah kawasan yang begitu terpencil dan agak pedalaman.tapi meahku menerangkan kawasan itu bukan hutan semata mata,tapi merupakan kawasan kampung kecil.sedikit sebanyak apa yang diceritakan dapat melukiskan realiti janda baik.
malam 28mac,meahku,asma dan imah menggunakan kederat depa untuk mensiang ayam,udang untuk menjadi hasil santapan frontliners.opss terlupa,perbelanjaan kami untuk bermalam termasuk bbq hanyalah rm 45 seorang.murah kannnn.setelah disiang,ianya diperam semalaman.keesokkan harinya.hari yang dinanti-nantikan frontliners yang kena berkerja overtime pada paginya terpaksa bangun awal untuk ke opis dulu sebelum memulakan trip janda baik.habis solat asaq,lebih kurang pukoi 5 petang kesemua frontliner berkumpul di bawah parking belakang citibank.ada frontliner pulang awai dari overtime sebenaqnya tapi macam biasa la bila dah ramai -ramai ni macam hal:ada yang masih kat umah la amik barang,ada yang stuck kat trafic la dan macam -macam hal la yang kurang sesuai untuk ditaip kat sini.seorang frontliner bernama hairi(nama sebenar) pada mulanya bertekad tidak mahu join tetapi akhirnya join jugak selapas dibelai dengan kata2 yang sungguh kaseh sayang.alasan hairi tak boleh dibincangkan di sini.berbau peribadi.
bila semua da berkumpul,kami terus gerak menuju ke tol gombak.tak sampai 5minit drive,meahku da start gelak sorang2 terus aku menyambung gelak tu.aku paham sangat gelak dia tu.ada la berbau sinikal sikit.perjalan sebenaqnya mengambil masa mungkin sejam lebih skit kot tapi trip ni mempunyai lebih dari 8 kali pit stop.jadi, perjalanan ni amik masa sikit lah untuk sampai.aku ditemani meahku memandu kenari sambil diekori oleh sahabat-sahabat trip yang lain.lagu yang dipasang sepanjang perjalanan adalah seleksi lagu-lagu rock kapak.lagu 'taman rashidah utama' merupakan soundtrack utma trip frontliner kali ini
tips untuk ke janda baik ni sebenaqnya senang saja,amik tol gombak da terus saja sampailah jumpa kawasan rehat genting sepah.lokasi janda baik ni lagi dekat berbanding berkenderaan ke genting highland.sampai ja di kawasan rehat tu,amik terus exit ke janda baik.anda akan melalui jalan yang agak narrow.hati hati,jalan terus samapi nampak pintu gerbang 'Selamat Datang ke Janda Baik'.dari situ hanya kira-kira 9 km untuk sampai tepat di d'arc resort.
d'arc resort memang cantik dan.hype gila.kawasan ni memang sesuai untuk exit dari dunia kuala lumpur yang kasanova.resort yang dibina memang cantik. berkonsepkan kampung+modern kontemporari membuat para pengunjung yang lapaqkan keindahan akna terus kenyang.puas hati.kami tiba bila mana matahari da jatuh.meahku terus check in.frontliner ni sesetengahnya ada yang jakun seperti imah yang tak tentu arah berjalan sambil mengambik self potrait sendiri.kami terus check in,bilik lelaki melur,bilik budak pompuan teratai.
lepas simpan barang dan solat maghrib,kami semua ke acara bbq.alatan bbq disediakan pihak resort.ag menjadi ketua chef malam tu dengan menjadi pembuat bara api dan mem'bbq'kan ayam,udang dan sotong yang diperap semalam.meahku,aku, imah dan suami anaz menjadi assistant kepada ag untuk membakaq makanan.sementara yang lain shida,aisha,firdaus,anaz,izham,hairi,asma,fiza membuat kerja-kerja kecil sambil menunggu makanan dimasak.banyak makanan,ayam 4 ekoq yang lain shida bawak nasi dan bihun goreng.makan sambil mengenakan sesama sendiri dan melawak teruk menghiburkan malam janda baik kami.
anaz dan suami mahu pulang kerna bonda anaz dari kedah nak mai kl.shida pon kena balik.hairi pon turut serta,shida cakap tak bleh stay ada keja sikit.hairi plak kata nak balik bangi.hahah ya ka.alasan yang betulnya tak bleh dibincangkan jugak.hahaha,tata kami melambai lambai pada depa yang balik.yang ada semua lepak kat tempat rehat di resort tu.aku dan meahku main congkak.ah,tensen, meahku riak menang rumah terbakaq.aku tak brapa paham,tapi takpa meahku memang kuat ngelat pon.budak-budak lain main kad hepi family hahahahah macam bongok tapi lawak la main kad tu.aku,meahku,ag dan aisha ja yang tinggal bila semua dah masuk tidoq,lepak je la sambil sembang.da lewat malam baru kami tidoq.
esok pagi meahku cal ajak tengok sungai.lupa nak cakap,depan resort ni ada sebatang sungai.best semua dah tergedik-gedik nak terjun tiruk.hari ni 29 mac hari last kami.plan mandi sungai sampai kecut.imah da aisha berselang seli mempamerkan terjunan menghempas badan.izham la atlit terjun tiruk pad hari tu.pingat emas putih untuk dia.yang lain menikmati hari terakhir sambil menggigil kesejukan.pukoi 12 kena check out.lepas mandi sungai semua balik bilik kemas apa yang patut dan packing balik.sebelum balik kami sempat berjalan-jalan.d' arc.resort ni gempaq gila, ada table pool,kawasan dia pun luas.kami isi sisa-sisa masa tearkir dengan mengambik gambaq kenang-kenangan kat situ.rasanya tak sempat habis discover kot tapi puas hati la.budak-budak ni merungut lapaq nak pi cari makan.dalam pukoi 1 tgh hari frontliner semua berkonvoi pulang ke kota kl.
semua tersenyum puas.kali ni asma drive keta aku ditemani co-pilot merangkap dj,izham.aku dan meahku jadi bos kat belakang sekali lagi menyanyikan lagu-lagu hight pitch retro rock.singgah di genting sepah,isi perut sebelum berangkat pulang.
terima kaseh petugas-petugas d'arc resort.layanan gempaq,tempat pon gempak.highly recommended for those who really wanna escape from noisy to peacefull land of green.frontliner semua pon diberikan kredit atas tugas masing-masing.meahku deserves the credit here,the well planned brought you,me and they as well to have a great time there.
kumpang hgkdsygjhhgtft ahdmeahkhjdhhsagdh haha.
frontliner:
meahku
aku
imah
hairi
firdaus
firdaus
izham
shida
shida
anaz n husband
ag n aisha
fiza
asma
next time mungkn akan repeat/takkpun tempat lain la pulak kot
biskut 1.31am kelam kabut

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak