"zamri,zamri,oi bangun oi"amirudin sedang menggerak-gerak zamri yang lena diulit mimpi.."bangun oi,pak guard datang umah suruh lu ubah keta,lu parking tempat orang la, bagun la oi"zamri membuka matanya separuh membiarkan dirinya digerak-gerak tanpa berbuat apa.tapi akibat pekikan yang makin kuat,lalu zamri bangun dan terus menyarung seluar tracknya dan meraba-raba mencari kunci kereta tika rohnya masih lagi separuh sedar..maaf,bukan seperti yang difikirkan,zamri pakai boxer ja time tidur,itu sebab dia pakai seluar track untuk keluar mengubah keretanya.
buka ja pintu rumah kelihatan pak guard sedang terpacak menunggu untuk mengiringi zamri ke kawasan kejadian.bosan sungguh muka pak guard tu..ada la sedikit leterannya,tapi zamri tak peduli.kali ni zamri da tersedar dari mamai.ada sedikit kerutan di dahi.da pukul 1230 malam,"time macam ni pon nak gerak orang tidur,pegi la parking tempat lain"rungut zamri.
di kawasan parking kelihatan seorang lagi pak guard sedang menuggu, di tepinya tuan punya parking yang da bersedia untuk menghalau kereta zamri.zamri da mula bersuara, "parking ni ada nama dia ka?" pak guard A berkata, "kau parking tempat orang la"jawabnya. "ye la ni parking dia ka?" tanya zamri lagi. "mana la aku tau itu yang aku panggil kau turun"ewah-ewah,cakap aku kau plak.pak guard B berkata"abang tak buleh parking sini,ni tempat dia" "ya la,kau kena parking tempat lain la" penambahan ayat pak guard A. Ini dah lebih,, zamri sambil mengeluarkan keretanya sudah meninngikan suara "hey,cakap elok elok skit bleh,aku ada cakap 'aku kau' ngan kau ha?aku punya parking asyik kena kebas ja ada aku bising ka?" kedua2 pak gurad dah terdiam.kereta sudah diubah, zamri masih lagi berleter, kali ini seorang diri, dalam keretanya menumpah seranah tentang kejadian tadi.
sudah jumpa parking,zamri terus naik ke atas dengan muka masamnya,dia terus memejam mata..............dekat 2jam dah bergolek sakan,tapi haram,langsung tak bleh beradu.masih marah kot.otak zamri tak henti bercoleteh dalam diam dan membuatkan perasaan marah tadi menahan jasadnya dari tidur.... "kringgggggggggggggggggggggggg" kacau bilau sungguh bunyi jam loceng.zamri terpaksa bangun jugak walaupun tak cukup beradu.bangun terus mandi tapi otak masih pikirkan hal malam tadi.tak habis lagi emosi.."celaka pak gurad,pasal kaulah aku tak cukup tidur..panaskan kereta,terus menuju ke stesen lrt.zamri sempat menjeling ke arah pak guard semalam yang masih bertugas sebelum memandu keluar dari aprtmentnya.
hari ni normal,seperti biasa,waktu yang sama jugak zamri keluar rumah menuju stesen lrt. tapi jalan hari ni sesak,sesak gila,sangat sesak.entah apa masalah pulak kat lebuhraya ldp ni.ini mesti eksiden,takpun ada kereta rosak.selalunya amik masa kurang 15minit nak sampai ke stesen,tapi sebab ada kereta rosak,zamri lewat hampir sejam.muka yang berkerut bertambah kerut.geram bila melihat 2 kereta kat lebuhraya tu tersadai kat tepi jalan.terus sesak pagi yang tersangat hening tu.biasa la,dah nama pun emosi,konfem la si zamri marah dengan setiap objek yang tak berhenti-henti mencabar paginya.
tu diaaaa,parking kat stesen dah penuh.mulut zamri terkumat kamit.luahan perasaan yang hanya didengari oleh telinga dirinya,zamri hilang arah,tak tau nak parking kat mana.terpaksa la parking kat tepi jalan,siap ada line kuning lagi.surat saman pasti terselip kat wiper kereta nanti.peduli apa, masa da lambat.zamri terus bersesak menyelinap masuk ke tren bercap tin sardin untuk ke tempat kerja.
belum sempat sampai ke destinasi, zamri merasakn sesuatu.perut zamri, ya perutnya sedang memproses sesuatu.zamri dapat merasakan gas dalm perutnya yang hampir meletup.zamri mahu membuang bahan tersebut di opisnya,tapi bila dipikirkan dengan situasi sekarang,zamri tak berani tunggu lama.kalau terbuang,maruah zamri akan terbuang dari pintu tren.zamri tak mahu,dia terpaksa keluar di stesen lain dan berlari pecut 100m ke tandas stesen.
masa bagaikan membunuh zamri sedikit demi sedikit. habis membuang,terpaksa beratur lagi untuk mengambil tren lagi.orang yang beratur,masyaAllah,panjang gila.nasib zamri dah ditentukan.tak mungkin ada keajaiban lepas ni.dia mesti dibelasah pulak dengan ayat-ayat pertanyaan bosnya.sampai lambat sudah pasti, "morning zamri,masuk opis I kejap" bos panggil zamri.usah la diperincikan lagi keadaan sebab mesti ayat- ayat tipikal dikeluarkan bila seorang bos menanya kenapa anak buahnya datang lewat.bos zamri seekor singa,pagi-pagi lapar,sesuai sangatlah dengan nasib zamri sekarang.zamri makanan terhebat bagi seekor singa yang sedang lapar...nasib hari kerjanya dah boleh di teka.zamri murung sepanjang waktu kerja.menunggu masa pulang.
zamri paling suka nombor 6,lagi-lagi bila ada penambahan ayat pm di belakang nombor 6.ini waktu pulang.zamri berazam nak pulang awal.awal pagi tadi malas la plak mamat ni nak berazam dek kerana hidupnya yang 'berwarna'. zamri mahu terus tidur tanpa memikirkan lagi harinya.otak penat berhadapan pancaroba dunia.habis ja mandi dan memakai kostum yang bersesuaian,katil adalah destinasi zamri."awal lagi tapi what the hell" sambil memeluk bantal erat-erat, terus zamri lelap,lelap,leelap.leelappp.dan leeeeeelapppppppp.......................................................................................................................................
"ZAMRI,OI BANGUN OI,LU PARKING TEMPAT ORANG,PAK GUARD SURUH LU UBAH KERETA.BANGUN LA OI,CEPAT LA.....teraba-raba zamri mencari kunci keretanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak