Sabtu, 1 Ogos 2009

saiful manaiki ktm menuju masa depannya,tapi ktm mengalami gangguan teknikal lagi.......

Bukannya a big deal pun.cuma manganggur ja.iyala,memang la dah 2 tahun setengah,5 bulan,12 hari saiful tak bekerja sejak tamat hari konvokesyennya.walaupun menganggur,saiful ada jugak segulung ijazah ,Bachelor (hons) lagi,walaupun kini tempatnya masih lagi di rumah emaknya.

Tamat saja leteran emaknya (yang dah dibukukan jilid 1),saiful dengan berat punggungnya berangkat ke kota KL untuk menghadiri career fair di PWTC.tak jauhpun,dari BK(Batang Kali) ke KL adalah sejam lebih. cukup bagi saiful untuk terlelap di samping makhluk-makhluk asing dan tempatan yang menumpang dalam KTM.

Saiful sedikit teruja.......tak,bukan kerana ke career fair,tapi lebih kepada keterujannya untuk mameastikan sejauh mana benar kata Harian Metro yang melaporkan terang-terang bahawasanya,KTM tidak akan lagi mengalami gangguan teknikal dan masalah kelewatan operasinya.betul kot.


........................................................................................................................................................................

Sambil menyelam minum air.sambil cari kerja,sambil test kebenaran.'Hell'!,kata seorang graduan Bachelor (hons) terpacul tika menunggu KTM untuk pulang.

Tempat kejadian:Platform KTM stesen putra.

Otak saiful menjana idea-idea protes dan menyalurkannya keluar dari mulut.maka terhasillah ayat-ayat sumpah seranah. mulut saiful terkumat kamit mencarut. sudah 3jam1/2 kot,KTM masih tak muncul tiba. lagi-lagi pegawai KTM berkenaan asyik meminta maaf(tak ikhlas) kepada penumpang melalui mic murah.

Saiful tak boleh balik lagi. mak mesti marah. cari kerja dah selesai. tapi peluang macam kabur. dah la perempuan perasan megan fox yang menjaga booth tak friendly langsung. bila bagi resume,buat muka kelat. jaga booth ja pun.......

Malam dah menuntun gelap. saiful berdiri tegap. mulut masih mencarut nada perlahan.penumpang makin sesak. KTM macam biasa,damnstupidugly...lembab nak mampus. macam memberi petanda kat saiful.....kerja mungkin tak dapat lagi kot.... .....................tapi yang pasti,mak mesti marah lagi........................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak