Sabtu, 1 Ogos 2009

azri & rohaida


azri dan rohaida.pasangan romantis muda.baru tingkatan tiga.mentah di luaran,matang di pemikiran.2 lelaki,1perempuan sudah cukup..rumah,em tak payah besar sangat kot,memadai memiliki sebuah di bukit antarabangsa............serius untuk hidup bersama sehingga di hujung usia.


memang adatlah.hari sabtu hari yang dijunjung umat bercinta untuk meluang sehari bersama meredah usia cinta.inilah quality time, kata mereka.


azri dan rohaida tak terkecuali.peduli hapa dengan orang lain.hari sabtu hari mereka.
emm,tapi minggu ni lain sikit.jemulah asyik berdating kat pusat membeli belah Fajar, rawang.sekali sekala nak jugak bertenet mesra di kotaraya.bangunan yand berdiri teguh seperti statue keteguhan cinta mereka.bunyi bising kota seakan berdondang sayang keasyikan azri dan rohaida.


hari yang panas semakin menyinsing dingin senja.sebagai pelajar,kena balik awal.nanti ayah menyalah guna tali pinggangnya.


pasangan ini sedang menunggu bas.agak lama menunngu,tapi mereka tak gelisah.kedengaran rohaida merungut lapar.mak tak ada kat rumah katanya.azri memujuk mesra.katanya 'takpe aida,nanti azri bungkuskan soto.emak azri masak petang tadi.nanti azri hantar kat rumah ek cayang'.rohaida senyum simpul,'azri nanti letak kacang lebih ek...janji tau'..

driver bas rawang yang bermuka bengis ke mana ntah.tak sampai-sampai lagi. rohaida letih lalu meletak manja kepalanya di sisi bahu azri.
mereka dilanda asmara.indah.......bahagia.........romantis........moment yang dicapture seperti drama korea...

senyum manis tersimpul bila mulut berbicara....tiba-tiba rohaida inginkan kepastian...lalu dia pun bertanya..'Azri sayang........,janji tau.........'belum sempat menyambung katanya,azri terus menjawab;

'Azri berjanji sayang,azri akan menjaga aida dan sentiasa mencintai aida...........Azri
berjanji mencintai aida seluruh hidup ini..................'kata azri.
'tak bukan itu la sayang,...........' rohaida ketawa kecil.....
lalu dia merenung mata azri dan berkata..'sayang,sayang,bukan itu la maksud aida...
janji tau soto tu nanti,janji jangan lupa letak kacang lebih tau.

muka azri biru,namun masih tersenyum.........bengong aida ni,hati azri bersuara.

pasangan ini ketawa serentak..sambil tangan azri mencubit malu bahu aida...................

driver bus hon tak ingat kuat.oooo bas ke rawang dah sampai, terus membawa pasangan merpati ini pulang ke awan-awan senja..................


1 ulasan:

  1. better writting indeed..ehehe
    xbleh lupa tang waktu tutu..nk tergelak dgn terkencing sekali datang..huuhh..tapi thumbs up..

    BalasPadam

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak