
nama aku,lelaki.tapi sometimes,dia panggil aku jantan kalau dia marah.kadang-kadang sayang,itupun time mood dia okie.tapi yang pasti nama aku lelaki.tiada mohd,syed ahmad dan lain-lain.lelaki sahaja.
hidup aku tiada arah tujuan.senang cerita,aku lost.dah abis study dulu,terus kerja.kerja apa pun takdak hal.langsung tak praktik apa yang aku study dulu.bagi aku,janji ada duit sudah..walaupun bekerja,aku takdak matlamat.selamber jer.kat opis,buat lawak tunggang terbalik.hiburkan hati dan rakan-rakan.kadang-kadang diorang gelak,kadang-kadang tarik muka kelat.tapi aku tak kisah sangat pun,aku kan lelaki....
hidup aku untung sebab ada awek.dia cantik kerja pun bagus.ada la manusia kabaret ni cakap,awek aku malang sebab dapat aku.kepala hotak dia.sakit hati aku,tapi daripada melenting aku buat dek jer..kang tak pasal pasal masuk lokap kalau nanti aku buat hidung dia ada kat ketiak.
sembang pasal awek aku plak.dia ni memang gifted.pandai.bergaya.duit pun banyak.mungkin sebab nama aku lelaki,aku rasakan aku susah sangat untuk dapat macam apa yang dia ada.iyala selalu sangat orang cakap ; lelaki pemalas,baghal,xguna dan macam-macam lagilah benda yang keji...
tapi memang segan beb bila membe-membe aku keluarkan pertanyaan; "sape belikan ko levis ni beb?", "sape yang bayarkan ek?" takpun "ko lepak kat starrbuck tu mahal tak?"...semua tu ada satu ja jawapan;"awek aku yang tolong bayarkan"...
malas nak layan, sangat sebab diorang tu suka gila kot cakap benda negatif kat aku.bila aku bersuara,diorang balas "lelaki tak boleh pakai" kalau aku tak buat kerja aku, "dasar lelaki pemalas" takpun lagi kurang ajar "lelaki tak guna sesen pun"...
jemu la beb,tapi sebagai lelaki aku kena rileks..pegi la mampus apa yang diorang nak cakap pun ...aku lelaki laa,yang penting, aku selalu buat apa yang aku suka...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak