Sabtu, 15 Ogos 2009

kronologi mimi





mimi jemu bila mengenangkan nasib.j emu gila. tiada yang hebat, walaupun sedikit. hidup mimi dipandu tanpa matlamat. kalau ada carta hieraki, nescaya nama mimi terbawah sekali. paling tidak pun,tidak ada langsung!


mimi sedar dia tak punya kelebihan. sekolah pun tak tinggi. kelasnya dulu pun di tingkat satu ja di blok A. mimi tak membesar sebagai johan. hanya membesar bila hormon-hormonnya bertindak balas saban hari. walaupun begitu, kata mereka:- mimi cantik sangat. dari atas, tubuh dan ke bawah, semuanya bisa mengeraskan mata dan menterujakan sesiapa yang melintas di depannya. ah,bagi mimi; setakat pujian di mulut tak akan sekali pun menambah digit di dalam akaun simpanan bank rakyatnya.. mimi kepingin mengubah nasib.


sudah pun terlelap bila bulan sudah meninggi diri. pada masa-masa inilah mimi akan merantau dan bertandang ke alam-alam hibrid. seringkalai jugaklah dia terkandas dan berpatah balik..


tapi malam ini,lain sikit .mimi bersiar-siar di atas awan guling dan seperti di hujungnya mimi terbiar terapung di satu platform di mana langitnya berwarna violet. 2 ekor makhluk (planet merah) muncul di depan mimi. mimi terkejut. dia menjerit sekuat hati. makhluk (planet merah) itu langsung tak sama paras rupa dengan manusia. perut mimi keras. dia meronta-ronta untuk pulang ke kamar.


2 makhluk itu (planet merah) menutup telinga mereka dan berkata, kami muncul kerana keinginan kuat mimi untuk berubah, dan bertujuan untuk meyelamatkan mimi dari depressif yang dialaminya.


duit tak mungkin datang bergolek, tapi akan mungkin turun dengan lajunya bagai lajunya air yang keluar dari paip. duit akan menyelimuti mimi jika dia membenarkan 2 makhluk (planet merah) ini bersekedudukan dalam jasadnya.


mimi menjerit riang lalu menyatakan kesanggupannya untuk menempatkan tapak haram bagi 2 makhluk (planet merah) itu di dalam jasadnya. tak sempat bertanyakan bagaimana dia akan mendapat duit yang banyak, mimi dah pun terjaga pagi,opss sudah hampir tengah hari.......


hidup selepas bangun tidur, normal, seperti kebiasaannya. mimi memusing musing kepala paip. kot-kotlah terkeluar duit. hmmmmm...mimpi. tak ke manapun.


tapi bila semakin senja,mimi dapat merasakan satu perubahan berlaku di tubuhnya. tubuh mimi mengalami transaksi asing. mukanya mula berubah. ada sayap keluar di kiri dan kanan malah kulit mimi berubah warna. mimi boleh terbang. mimi melihat badannya di cermin. wah,cantik giler. mimi telah bertukar menjadi seekor rama-rama yang begitu indah.


malam itu,mimi terbang meyusuri bayu malam. mulanya hanya di lorong-lorong. semua terpaku melihat keindahan mimi. malam yang gelita kini terpercik api pesta meraikan kecantikan mimi bila dia muncul menghinggapi sang kesunyian. semua makhluk bumi mahukan mimi menemani malam mereka.


dari lorong-lorong, mimi menjelajah wilayah yang lebih besar.lantai-lantai disko, hotel-hotel semuanya kembali bercahaya tatkala mimi muncul di bibir malam. mimi, bidadari rama-rama yang kini menghiasi langit kelam..


mimi mampu berbangga. dahulu, temannya hanyalah jemu. tapi sekarang dah berteman-teman. mimi mampu memiliki segalanya. beg prada ini berharga hampir 2ribu, mimi dah pun beli kat pavillion. mimi senang dengan kehidupan barunya.


tetapi, di sebalik ruang paru-parunya, mimi dah jemu bila memikirkan jasadnya masih lagi dihuni 2 makhluk (planet merah) itu. celaka betul. sewa tak bayar. sekarang, dengar khabar dah bukan 2 lagi, bulan depan dah nak masuk 6 orang yang menghuni. bila difikir balik dengan kehidupannya sekarang, biar je lah. tak relevan pun halau makhluk-makhluk ni. kang kalau halau kang, macam mana nak tempah kasut jimmy choo yang custome made tu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak