Selasa, 17 November 2009

A.D.A.K.A.H

Adakah kau akan menjerit terlolong di tengah hari tika umat di sekelilingmu sibuk berurusan dengan hal masing-masing untuk meminta tolong?
Adakah kau mengharapkan seseorang yang bernama Clark Kent yang sibuk dengan kerjaya kewartawanannya bertukar seragam dengan huruf S (huruf besar) di dadanya terbang dan menukar degupan kencang jantung kau ke satu degupan yang tenang dan darah yang mengalir di tiup mengalir suam?

Adakah pada malam gelap, atmosferanya kacau bilau dan kau menjerit terlolong sekali lagi tika umatnya leka di udara masing-masing untuk mententeramkan malammu?
Adakah kau mengharapkan si kaya Bruce Wayne yang segak bergaya dengan topeng bertanduk dan tegap susuk tubuhnya datang merangkul tubuhmu dan membawamu menyusuri lohong malam dengan mobilnya?

Persoalannya sekarang;

Adakah kau akan menyambut tangan yang kudus ni tanpa perlu kau menjerit?
Adakah kau tahu yang tulang sekecil ini, manusia sederhana ini yang badannya lemah ini akan sentiasa berada di sisi kau siang dan malam?

Jangan menjerit terlolong lagi,
kerana aku mampu mendengar dengan baik...

2 ulasan:

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak