Jumaat, 4 Disember 2009

karbon pensilnya kering di tiup angin

jika kau dapat lihat dengan jelas, budak itu sedang duduk di atas batu yang sudah bercerai berai dari struktur asalnya.
dia, katakanlah namanya Abu Bilal sedang menulis sesuatu. buku yang ditulisnya itu buruk rupa. namun hanya buku itu yang tinggal...tiada yang lain.
karbon pensilnya itu sudah uzur. dan telah diganti dengan darah merah sebagai dakwat untuk menyambung dan menuntun perjuangannya.
di perkampungan jabaliya ini, Abu Bilal masih tersenyum. masyarakat sekeliling juga masih tersenyum. tanah kampung ini yang digenggam itu kosong tiada jisim.
tapi, bagi mereka, tanah yang tidak berjisim ini adalah hak milik semua. diulangi - untuk SEMUA! beerti ianya milik aku dan engkau dan dia yang duduk di sana ; walaupun kita ini tak pernah bersua muka.
Abu Bilal tahu ianya milik semua. dan dia juga mahu terus menulis dan bila dia tiada, dia mengharapkan aku dan kau untuk menyambung tulisan tanpa karbon ini.
.............................................................................................
aku mengerti. kerana setiap hari, aku sentiasa membaca dari tulisan pensil Abu Bilal yang tanpa karbon itu setiap hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak