seorang penyanyi itu dibayar rm50 semalam untuk menghiburkan pengunjung kelab jazz di 7th street avenue.
penyanyi itu sering dinanti-nantikan oleh pengunjung-pengunjung kelab kerana suaranya dan juga lirik lagu-lagunya yang selalunya berjaya memujuk hati-hati yang lara.
dan cuba engkau bayangkan, engkau keseorangan di kelab itu sambil mendengar nyanyian dan engkau menolak sekeras kerasnya untuk berteman (anggapan kau mendengar lagu jazz itu adalah personal).
engkau memujuk hati engkau sendiri untuk menghadam nyanyian sang penyanyi.
dan nyata! hati kau dapat dipujuk dan kau berasa amat lega.
engkau pulang ke rumah berjalan kaki samabil menyanyi lagu tadi yang kau dengar di kelab.
sudah lewat. kelab dah pun ditutup. penyanyi itu menahan teksi untuk pulang ke rumah.
sesampai di rumah, kosong. ada 2 keping pizza basi atas meja dan kopi masam tertumpah.
penyanyi berasa hampa.
tiada siapa yang sudi memujuk hati si penyanyi. hatinya terguris, tadi taukeh kelab bayar gajinya tak cukup rm 15..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak