...................masih ada 27 tingkat lagi untuk aku sampai ke pelamin sana.
sudah 3malam berturut-turut aku mendaki puncak ini untuk sampai ke pelamin. lelah, aku memang tersangatlah lelah. lalu, aku berehat sebentar untuk meneguk sebotol dua air mineral spritzer. aku duduk di atas batu besar sambil mendongak ke atas. perut lapar. ada setengah lagi snickers yang belum aku habiskan. makanan dah nak habis. aku mesti sampai ke pelamin itu hari ini jugak. paling kurang, sebelum bintang-bintang keluar berselerakan.
sambil meneguk botol air mineral, aku bertanya kepada rerama yang menemani aku dalam pendakian ini. secara jujurnya, apakah yang aku lakukan ini dapat menambat hati si dara yang menunggu di pelamin itu?
rerama menjawab, sudah tentu. hati siapa tidak teruja dan tertambat dengan kedatangan qaseh hati yang sanggup bersusah payah datang? dan sudah lama rasanya penantian si dara di atas pelamin. meski ditemani dayang-dayang, hatinya masih kosong tidak terisi.
jawapan rerama membuatkan aku tersenyum, tenaga yang kurang terasa di isi penuh. aku sudah tidak sabar untuk ke pelamin.
tetapi sebelum meneruskan pendakian, rerama berbisik. dia bilang, siramlah dara dengan air keikhlasan. dan jangan kau lakukan ini hanya untuk menambat hatinya sahaja.
ingatlah bahawasanya, engkau lakukan ini hanya untuk bersama dirinya sahaja. tiada niat lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak