Ahad, 27 Disember 2009

satu konklusi yang awkward

aku masih belum dapat membuat satu konklusi. dan tak mungkin pak dollah jiran sebelah rumah dapat membantu. bukannya apa, setiap kali diajak berbincang, " sudahlah pali, biarkan saja. tak perlu sangatlah kau peningkn kepala merungkai hal-hal remeh-temeh ni."
mungkin remeh bagi pak dollah atau jiran-jiran yang lain. mereka ni takkan ambil pusing pun hal yang aku sedang fikirkan ni pun.

sudah 5 hari, bersengkang mata, berbicara sendirian. benda yang aku fikirkan ini sangat bertentangan dengan apa yang bapa aku pernah bicarakan dulu.emak pula cakap, tak pernah wujud hal ini di bumi malaysia yang terletak di tengah-tengah garisan khatulistiwa (juga di seluruh dunia, secara amnya).

tetapi;
dalam surat khabar baru-baru ini, mereka (hal yang aku sedang fikirkan ni) berkonvoi beramai- ramai naik motorsikal, merata-rata ini berselerakan.di pusat karaoke, pusat beli belah,dan segala jenis pusat mereka wujud. rimas la. berjanggut putih, gemuk dan pakai snow cap tengah-tengah panas dan pakaian yang serba merah.
ho.ho.ho berkulit sawo matang.kelakar.
ceh..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak