jangan ditanya kenapa. siapa-siapa pun mesti buat muka period jika perasaan itu rasanya kacau bilau.
aziz dah tak tahan lagi. semangatnya yang suka bekerja dulu kini semakin menipis. mana tidaknya, pelanggan restoren yang datang sekarang semakin bertambah tambah sejak disediakan kemudahan free wireless. bukan merungut kerana kerja semakin sibuk melayan pelanggan, tapi kerana sebaliknya. pelanggan-pelanggan celik I.T ini (cara aziz mengkategorikan pelanggan) hanya memesan air suam (kebiasaannya), paling hebat pun teh o ais limau (ada la sekali dua). tetapi Ya rabbi, aksesesnya berjam-jam lamanya.
sakit hati aziz bila melihatkan mimik mimik muka yang pelbagai, ihsan dari pelanggan-pelanggan yang sedang membaca wall di halaman facebook, meyemak email dan lain lain aktiviti sambil menghirup sikit-sikit air suam. ( macam mahal sangat-hirup sikit-sikit)
aziz termenung sambil berfikir tentang horizon masa depannya. dia berdiri di kaunter memandang ke arah luar restoren. cuaca terik.
seorang pelanggan datang ke kaunter. belum sempat berbicara, aziz menjawab dulu.
air suam 3 gelas kan...
pelanggan itu tersenyum. tersipu sipu.
pandai azia meneka.
ya lah, dia kan pelanggan tetap restoren ni pun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak