selepas aku bersembang dengan engkau pada malam khamis lalu, aku duduk di dalam bilik aku dam mula menulis satu cerita polemik iaitu cerita tentang kita.
aku menulis dalam gelap mengharapkan emosi kelam mempengaruhi cerita kita itu. engkau aku gambarkan sebagai seorang perempuan romania yang cantik dan lembut tetapi mempunyai raut wajah yang lebih tua dari usia sebenar.
walaupun ceritanya tentang enkau dan aku, aku langsung tidak memperlihatkan watak aku. seharusnya iya, seperti yang engkautahu-aku salah seorang dari watak utama. tapi aku kan autornya, jadi aku buat keputusan tidak mahu meletakkan watak aku.
jangan salah sangka. tiada unsur berat sebelah, cuma aku mahu pembaca nanti lebih mengagungkan engkau lebih dari aku.
ikhlas aku katakan, ini cerita hebat yang aku karangkan, mungkin kerana malam khamis itu aku rasakan terlalu hebat. sangat ironik seperti mana cahaya nipis yang bederai-derai jatuh dari lagit tetapi tergantung di wayar-wayar tiang elektrik.
tergantung? tergantung mungkin kerana itu malam pertama kita bersua dan kita berbicara pun cuma selama 25 minit sebelum engkau mengatakan aku ini ortodoks dan meninggalkan aku sendirian di atas kerusi plastik warna merah.
em,tak pasti la pengakhirannya bagaimana. cara kau berlalu malam khamis tadi mengapungkan cerita kita. dan aku..aku sebenarnya tak begitu memahami ayat ortodoks itu sendiri..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak