pari pari polka dot menangis malam tadi. manik-manik cair itu gugur dan aku yang duduk di sebelahnya mengesa manik manik yang membasahi pipi pari pari polka dot.. aku kata tak mahu dia pulang kalau dia terus menerus menangis. pari pari polka dot tak kata apa pun. mintak ampun pari pari polka dot. janji aku takkan ulangi. pari pari polka dot tunduk dan manik manik itu jatu ke lantai bumi. lalu dia mengeluarkan sayap lutsinarnya dan sambil berlinangan air mata-dia kata terima kaseh belanja makan malam ni. aku cuba menggengam jarinya,
tapi dia sudah terbang..
terbang ke tingkat 4...
terbang tinggalkan aku ..
awan malam mendung, tak nampak apa yang dibentuk.
sejuk dan gelap,
larut aku takut,
keseorangan dan berdiri menongkah dagu mendongak ke tingkat 4
aku yang salah. aku tak sepatutnya berbahasa begitu ketika bercakap dengan seorang pari pari. dia lebih dari seorang pari pari. dia pari pari polka dot!
malam membawa aku entah ke mana. dan bila aku sedar, ada kapal terbang di hujung kakiku yang berselimut. aku bangun dan terus merungkai lipatan kapal terbang kertas itu.
ada sekajang puisi tertulis di dalamnya. di hujung ayat bertulis ' saya rindu kamu, yang benar-pari pari polka dot.
sweet as hell.
BalasPadam