Isnin, 16 Mei 2011

Sehari menjadi Singa

Encik GundahGulana memang menjangkakan yang Mat Li bakal bertukar menjadi singa suatu hari nanti. Jangkaan ini berdasarkan dari semangatnya, kesabarannya yang tebal dari dihiris klorox dan keberanian Mat Li yang ditelanjang bulatkan oleh rancangan bengap Encik GundahGulana, Mat Li pakai baju , Mat Li lawan.
Mat Li dipaksa telan makanan haram jadah (sudah tentu rancangan bengap Encik GundahGulana), Mat Li sihat , Mat Li lawan. Mat Li bertahan setelah dipukul separuh mati (rancangan bengap siapa lagi), patah pinggang, mata lebam, Mat Li makan ubat Mat Li terus lawan!
Hey, engkau boleh buat apa sajalah termasuklah perbuatan keji menulis di blog pro Encik GundahGulana menkongdem si Mat Li, LAWAN TETAP MAT LI LAWAN!
...........................................................................................................................................................................

Lalu, malam malam Encik GundahGulana selalu mendung ditembak kilat. Rancangan bengapnya mandul dek mimpi didatangi seekor singa yang mengaum di telinganya menerbangkan segala macam bentuk idea idea bengap untuk ditiup ke seluruk pelusuk serebrum umat.
Di tengah tengah keresahan yang amat, Encik Palat mendapat firasat yang mana dia tidak boleh sama sekali membiarkan Mat Li bertukar menjadi singa.
Walaupun sehari!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak