Ngeri! Ngeri!
Sekalipun kau simbah 12gelen tong air, meluat dan bencinya terhadap Mat Jai takkan padam punya. Dasyat kan!
Jadi, keesokkan harinya,selepas sarapan, Sizuka pergi kedai runcit Pak Maidin. Dalam koceknya ada RM2.50 untuk dia beli sekeping kupon hajat. Kamu bernasib baik Sizuka, tinggal sekeping saja lagi - kata Pak Maidin. Sizuka senyum. Dia terus pulang ke rumah selepas membeli. Sizuka kunci pintu rumahya,tirai rumah ditutup. Suasana dalam rumah gelap.
Sizuka tulis hajatnya di kupon. Digenggam kuponnya sampai dia terlelap di bawa hajatnya yang bergumpal gumpal dan terus lesap merentasi utopia.
****
Pagi esok, yakni pagi Ahad yang hening, penduduk kampung dikejutkan dengan kematian Mat Jai. Mat Jai dijumpai mati berbalut tisu tandas dan mulutnya juga disumbat dengan bergulung gulung tisu tandas.
Sizuka tahu kejadian yang menimpa Mat Jai. Langsung tak terkesan dengan perasaan belas, malah dia begitu bahagia. Hidupnya sudah damai tanpa perlu memikirkan masalahnya yang meluat dan benci teramat dengan Mat Jai.
Malam ni, Sizuka akan tidur dengan aman. Mimpi mimpinya akan disinari dengan bintang-bintang yang berkelip kelip senyum padanya. Harapannya agar mimpi malam ni akan mencekik perasaan-perasaan negatif dan meludahnya keluar menjadi kenyataan yang indah indah belaka.
Tiba-tiba, pintu rumah Sizuka diketuk.
Alangkah terkejutnya Sizuka bila pintu dibuka, Mat Li berdiri di hadapannya. Badannya dibalut tisu tandas dan mulutnya juga penuh dengan segulung tisu tandas.
Ke..Ke..Kenapa kau di sini? Kau kan dah mati Mat Jai?
Mat Jai menunjuk isyarat yang di mahukan sebatang pen dan sehelai kertas.
Cepat-cepat Sizuka dapatkan dan berikannya kepada Mat Jai. Dia mahu sangat tahu jawapan Mat Jai.
Mat Jai menulis, dan inilah tulisannya-
Engkau kan yang berhajat untuk bunuh aku dengan tisu tandas, kan? Tapi, engkau tahu tak,sehari sebelum aku mati, aku pergi ke kedai Pak Maidin dan beli kupon hajat di kedainya. kata Pak Maidin, aku bernasib baik. Kupon yang aku beli ni adalah kupon yang terakhir. Jadi selepas aku balik rumah, aku terus tulis atas kupon akan hajatku ini. Hajatku- walaupun aku mati dibunuh, aku mahu sentiasa terus hidup bersama kau. Sekarang, hajatku dah termakbul. He..He..He. Tak nak jemput aku masuk minum kopi ke?
Maka berlinanglah air mata Sizuka. Hampanya dia tak terkata, segala kebahagiannya yang singkat berderai derai jatuh ke lantai. Dia cuba mengutip kembali, tapi bagaimana?
Kopi dibancuh. Mat Jai senyum dengan mulut dipenuhi tisu tandas. Sizuka bisu seribu bahasa.
Dia redha, dan dengan perlahan lahan Sizuka buang segulung tisu tandas di mulut Mat Jai sambil bercurah curah permata multi halus turun dari pancainderanya.
haha theh diary style r along
BalasPadam