Rabu, 1 Jun 2011

Al-Fatihah

Kehidupan memang bergerak terlalu pantas. Ia seperti menaiki keretapi yang bergerak laju menuju horizon kuning. Kehidupan juga boleh disamakan seperti sebuah filem yang menterujakan sehingga kita fast forwardkan supaya kita dapat lekas menyapa pengakhirannya.
Kadang kadang bila terlampau laju, kita tercicir momen-momen yang bila kita belek semula yang dapat memeluk nostalgia.

Kak Lili seorang yang sangat ramah, mesra,cergas. Dah semacam menjadi tabiat kami bila ke rumah Aman, mesti bersembang merepek merapu dengannya. Dialah yang menarik narik rambut aku bila dah sama panjang dengan rambutnya. macam perempuan kata Kak Lili. Dialah yang tak habis habis menyakat Udi tentang pelbagai perkara. Bila aku, Aman dang geng geng lain datang untuk 'study group' (konon-kononnya), Kak Lililah yang membuat kopi untuk kami bila dia free. Aku rasa, tidak ada seorang pun budak perempuan sekolah Convent yang sehebatnya bermain golf. Dan sudah lama kiranya aku tak berjumpa Kak Lili.

Hari ini, hari yang infinit bagi famili Aman. Kak Lili sudah pergi dijemput Tuhan.
Familinya, sahabatnya, saudara saudaranya dan kami sayangkan Kak Lili, tapi Tuhan lagi sayangkannya. Kak Lili sudah tenang di sana dan pastinya dia tersenyum seperti mana dia tinggalkan senyumannya pada semua.
Al-Fatihah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak